10 di kota belud - Google Blog Search |
Kelapa Mawar: RAHMAN DAHLAN : PEMBANGKANG <b>DI KOTA</b> <b>...</b> Posted: 04 Jul 2012 12:47 AM PDT Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan berkata bahawa pembangkang sememangnya buta hati dan buta mata dengan menafikan pembangunan yang dibuat oleh kerajaan BN sekarang. Beliau berkata demikian dalam satu majlis di Kg rampayan Ulu yang turut menyaksikan kehadiran ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Jamli. Bagi kelapamawar, rakyat Kota belud juga seharusnya celik mata dan celik hati , dalam semua isu. Bukan sahaja kepada pembangkang tetapi juga kepada pemimpin BN dan wakil rakyat di daerah ini. Rakyat harus segera celik mata dan celik hati melihat percaturan dan peningkatan taraf hidup pemimpin yang begitu mewah dan berharta hanya setelah bergelar 'wakil rakyat'. Beberapa kes di Kota belud seperti Tanah di Kuala Pintasan, Tanah di Rampayan, Tanah di Kg taburan, kes empangan Tambutuan, Kes terbengkalaian Sk Tamau yang sudah masuk fasa 3 tahun dan kes pampasan tanah di jalanraya KB-Kudat juga jangan dilupakan. Rakyat Kota Belud, jangan buta mata dan jangan buta hati melihat isu-isu ini. KOTA BELUD : Pemimpin parti pembangkang bukan sahaja 'Buta Mata' malah lebih malang 'Buta Hati' kerana menidakkan pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional selama ini untuk kesejahteraan rakyat.Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata 'Buta Hati' lebih merbahaya daripada 'Buta Mata'. Katanya, apabila kerajaan yang ada sekarang memberikan pembangunan, menjaga rakyat di peringkat akar umbi walaupun itu untuk kebaikan rakyat semua tetapi kerana pemimpin parti pembangkang 'Buta Hati' mereka sentiasa menidakkan pembangunan yang telah dilaksanakan selama ini. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra Bersama Pemimpin di Kg. Rampayan Ulu yang dianjurkan oleh KRT Kampung Rampayan Ulu dekat sini, baru-baru ini. Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata pemimpin parti pembangkang tidak pernah berhenti menghasut rakyat menuduh bahawa kerajaan Barisan Nasional yang menjadi pemerintah di negara ini merupakan sebuah kerajaan yang zalim kepada rakyat. Malah lebih teruk daripada itu jelas beliau lagi, pemimpin parti pembangkang juga menuduh kerajaan yang ada sekarang ini menindas rakyat, kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang kononnya menekan rakyat di negara ini. "Walaupun kerajaan Barisan Nasional berusaha mensejahterakan rakyat melalui pelbagai pendekatan, pembahagian BR1M, pendidikan percuma kepada sekolah rendah dan menengah, menjaga keamanan negara demi keselamatan rakyat secara keseluruhan dan sebagainya tetapi masih juga dikatakan zalim dan menekan rakyat oleh pemimpin parti pembangkang, kita redha dituduh seperti itu," tambahnya lagi. Pada majlis yang sama sebanyak 170 buah dapur gas turut telah diageh-agehkan kepada penduduk di Kg. Rampayan Ulu yang disumbangkan oleh Abdul Rahman dan Musbah Jamli. Hadir sama pada majlis itu Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional negari Sabah, Marhadi Imardin; Pegawai Perpaduan Daerah Kota Belud, Bisi Jamit serta para pemimpin setempat yang lain. Terdahulu, Wakil Rakyat Tempasuk, Datuk Musbah Jamli turut membidas pemimpin parti pembangkang yang menurutnya 'Buta Mata' tidak melihat pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional di daerah Kota Belud. Menurut Musbah pelbagai projek pembangunan yang telah dibawa masuk oleh kerajaan yang ada sekarang khususnya di daerah tersebut bukan sahaja dapat dilihat sendiri oleh rakyat malah dapat memberi banyak manfaat kepada rakyat. "Apa yang rakyat nikmati dan lihat masa kini jelas menampakkan kerajaan yang ada sekarang ikhlas membantu dan membangunkan rakyat, rakyat sudah tidak mudah ditipu, rakyat sekarang lebih bijak menilai yang mana kaca dan yang mana permata," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from di kota belud - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan