ads

Jumaat, 1 Jun 2012

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


KUARI PASIR HARAM JEJASKAN NELAYAN <b>DI TUARAN</b>

Posted: 01 Jun 2012 03:51 PM PDT


TERJEJAS....Peter menunjukkan kawasan Muara Kuala Sabandar yang terjejas teruk.
TUARAN : Masyarakat nelayan tradisional sekitar daerah ini terutama yang berada di sekitar Sabandar mengesa pihak tertentu agar dapat memberi penjelasan berhubung isu pengorekan pasir terutama di muara Kuala Sabandar yang di dakwa menjejaskan hasil harian mereka.
Selain itu, aktiviti pengorekan pasir itu juga dilihat sudah tidak terkawal apabila pihak pengusaha telah meluaskan kerja-kerja pengorekan mereka hingga ke persisiran pantai Sabandar dan keadaan ini telah menjejaskan ecosistem pantai berkenaan.
Salah seorang nelayan tradisional, Adin, berkata beliau kini hanya mampu memperolehi hasil pendapatan dari penangkapan ikan di kawasan itu dalam sekitar RM 10 ke RM15 sehari berbanding sebelum aktiviti pengorekan pasir dijalankan di kawasan itu iaitu sekitar RM50 sehari dan keadaan ini sudah pasti tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
Tinjauan yang di buat melalui jalan darat dan laut oleh Pengerusi DAP Tuaran merangkap Naib Pengerusi DAP Sabah, Peter Liew mendapati lebih kurang 10 hektar kawasan terjejas teruk melibatkan  Muara Kuala Sabandar akibat aktiviti yang tidak terkawal ini.
Sehubungan itu Peter meminta kerjasama semua pihak terutama Jabatan Alam Sekitar Sabah dan Pegawai Daerah Tuaran turun meninjau sendiri kawasan tersebut untuk membuat penilaian dan membuat tindakan sewajarnya.
"Keadaan sudah amat kritikal dan saya pasti untuk pulih mengambil masa yang amat panjang, ini kerana pasir yang dipam kini telah sampai ke tebing pantai Sabandar. Ini juga melibatkan pasir laut yang disedut dan dijual atas nama pasir sungai. Pengguna juga sudah pasti terpedaya dengan taktik kotor pengusaha," kata Peter.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved