ads

Ahad, 3 Jun 2012

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


RM56,000 bantu miskin tegar <b>di Penampang</b> | Raja Nong Chik

Posted: 16 Apr 2012 09:28 PM PDT

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (empat dari kiri) beramah mesra bersama penerima bantuan, Soon Nyet @ Joseph Soon (lima dari kiri) pada Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di Penampang, semalam

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (empat dari kiri) beramah mesra bersama penerima bantuan, Soon Nyet @ Joseph Soon (lima dari kiri) pada Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di Penampang, semalam

PENAMPANG 16 April – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hari ini memperuntukkan sebanyak RM56,000 bagi membantu masyarakat berstatus miskin tegar di sini.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, terdapat tiga jenis bantuan yang disalurkan kepada masyarakat yang terpilih iaitu bantuan baik pulih rumah, bantuan peralatan perniagaan dan bantuan bakul makanan serta sumbangan wang tunai.

Katanya, sebanyak 15 keluarga yang berdaftar di bawah e-kasih layak menerima bantuan ini dan kebanyakan mereka merupakan golongan miskin tegar iaitu pendapatan di bawah RM590 sebulan.

"Tujuan utama kita membantu masyarakat di negeri ini kerana mengikut status kemiskinan bandar yang berdaftar di bawah eKasih sehingga 27 Mac lalu, Sabah mencatatkan jumlah bilangan golongan miskin tegar yang ramai iaitu 2,726," katanya pada sidang akhbar sempena Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di sini sini hari ini.

Pada program itu, Raja Nong Chik turut menyampaikan bantuan bakul makanan dan sumbangan wang tunai RM200 kepada lima keluarga yang kurang bernasib baik.

Soon Nyet @ Joseph Soon, 59, bapa kepada 10 orang anak itu berterima kasih kerana masih ada pihak yang bersimpati dengan nasib keluarganya.

Beliau yang mengalami penyakit darah beku di kepala tidak boleh bekerja dan hanya bergantung pada bantuan orang ramai untuk menyara keluarganya.

"Saya sangat bersyukur dengan bantuan ini dan berterima kasih pada kerajaan kerana masih prihatin terhadap nasib diri dan keluarganya," katanya.

Sementara itu, Marius Sitem pula berterima kasih pada kerajaan kerana prihatin dan sudi memberi bantuan sebanyak RM10,000 bagi membaik pulih rumahnya yang berusia 20 tahun.

"Saya akan menggunakan wang ini untuk membaiki rumah saya supaya kelihatan lebih baik dan selesa didiami empat orang anak saya," katanya.

Beliau yang bekerja sebagai petani itu merupakan antara golongan miskin tegar yang hanya menerima pendapatan RM400 sebulan.

Sumber: Utusan Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved