ads

Khamis, 7 Jun 2012

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Buku <b>papar</b> karikatur Nabi diedar <b>di</b> sekolah | Lulu pages

Posted: 06 Jun 2012 09:01 PM PDT



Dua buah buku yang bertajuk Kisah Menarik Masa Kecil Para Nabi yang turut memuatkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW, dilaporkan diedar di dua buah sekolah di sini. Buku tersebut diedar di Madrasah Ibtidaiyah Muhammadiyah (MIM) Sampang dan MIM Karanggondang, di daerah Kalibening. Menurut Ketua MIM Sampang, Supriyandono, pihaknya menerima dua set buku tersebut yang didakwa diedar Kementerian Agama Indonesia.

Sementara itu, Ketua MIM Karanggondang, Riyono pula memberitahu, pihaknya menerima lima set buku sama. Katanya lagi, dia sendiri tidak mengetahui buku tersebut memuatkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW. "Selepas mengetahuinya, kami berhenti menggunakan buku terbitan N. Khasanah RA tersebut,'' ujarnya.


Katanya lagi, pihaknya masih menyimpan buku tersebut dan tidak tahu untuk mengembalikan buku berkenaan kepada siapa. Sementara itu, Ketua Kementerian Agama Banjarnegara, Farhani berkata, pihaknya belum menerima laporan berkaitan kes tersebut. Bagaimanapun, pihaknya akan menyiasat kes itu selanjutnya. "Kami akan menghantar beberapa pegawai agama ke sekolah-sekolah yang dilaporkan menerima buku tersebut untuk siasatan lanjut," katanya. - AGENSI

.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved