ads

Khamis, 28 Jun 2012

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Belia Menaganggur Daftar <b>Di</b> Pejabat Tenaga Rakyat <b>Kudat</b> <b>...</b>

Posted: 26 Jun 2012 03:04 PM PDT

KUDAT: Para belia yang masih menganggur dinasihatkan supaya mendaftar diri dengan Pejabat Tenaga Kerja (PTK) Kudat.

Timbalan Menteri Sumber Manusaia Malaysia Senator Dato' Maznah Mazlan berkata demikian semasa merasmikan program Juara Rakyat Bulan Wanita dan Keluarga 2012 di ladang Rakyat Agropo- litan, Pulau Banggi baru-baru ini..

"Para belia diminta mengunjungi PTK daerah untuk mendaftar dan seterusnya menempatkan mereka kepada majikan-majikan swasta, di samping itu mereka (belia) boleh melayari portal Jobsmalaysia untuk mendapatkan maklumat kerjaya lebih lanjut" kata Maznah.

Beliau berkata para belia harus ber- usaha dengan gigih dan mengambil peluang apa juga bidang pekerjaan yang ada untuk pendedahan dan meningkatkan kemahiran diri.

"Belia hari ini harus berani menceburi pelbagai bidang pekerjaan atau mengikuti pelbagai latihan kemahiran meskipun bidang itu bukan merupakan bidang utama mereka memandangkan dunia hari ini terlalu banyak saingan," tambah beliau.

Beliau berkata zaman masa kini berpegang dengan cogan kata 'siapa dulu dia yang dapat'.

Maznah memaklumkan antara jabatan/agensi yang bertanggungjawab di bawah Kementerian Sumber Manusia ialah Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEAKS), Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP), PERKESOP.

Maznah juga menasihatkan penduduk Pulau Banggi supaya sentiasa peka dengan kekosongan dan kemudahan yang ada seperti peluang perniagaan dan pelbagai program latihan kemahiran seperti pastri, menggunting rambut, dandanan dan lain-lain.

"Saya sarankan penduduk Pulau Banggi mengambil peluang perniagaan dari sumber asli misalnya keindahan pulau ini dan mengusahakan bidang pelancongan seperti homestay atau homeworking seperti aktiviti kraftangan," tambah Maznah.

Maznah berkata ini secara langsung akan dapat menambah pendapatan isi rumah selain pendapatan tetap ketua rumah yang kebanyakannya bekerja sebagai nelayan.

Timbalan menteri itu meminta penduduk Pulau Banggi membantu kerajaan dalam mengekalkan keamanan di pulau itu dan tidak membuka peluang kepada anasir luar yang akan menggugat kestabilan dan keselamatan negara.

Antara yang hadir pada majlis tersebut termasuk Timbalan Ketua Umno Bahagian Kudat, Datuk Abdul Mijul Unaini, Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kudat, Datin Hajah Aminah Ambrose, pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Khas, Aziz Sindong dan pemimpin se- tempat.-News Sabah Times

Related Posts

No related posts found

Tags: , , ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved