ads

Sabtu, 2 Jun 2012

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


PERSATUAN DUSUN DITUBUHKAN <b>DI KENINGAU</b>

Posted: 07 May 2012 07:48 PM PDT


KENINGAU (Sabah, Malaysia): Sekumpulan orang asal di Keningau menubuhkan sebuah persatuan yang dikenali sebagai Persatuan Dusun Minamasok Borneo Selatan Sabah atau PDMBSS).   
   Presiden penajanya Dimie Guntop, 67, memberitahu akhbar ini di Keningau pada Isnin, bahawa penubuhan persatuan itu menjurus sebagai payung kepada suku kaum Dusun yang berselerak di kawasan selatan negeri ini.
   Selatan negeri sabah terdiri daripada kawasan pedalaman.
   Menjelaskan bahawa terbit rasa tidak puas hati kaum itu terhadap beberapa persatuan yang sedia ada, Dimie berkata, perhatian suku kaum itu pada masa kini lebih kepada jaminan masa depan yang jelas.
   "Sejak sekian lamanya suku kaum itu berada dalam landasan yang kabur dan tidak menentu," katanya.
   PDMBSS katanya berjuang untuk memertabatkan suku kaum itu sebagai komuniti dominan di Sabah, jesteru taraf ekonomi, pelajaran dan social mereka perlu diperkasakan.
   "Persatuan ini bebas daripada sebarang pengaruh politik, tetapi berjalan untuk menyatupadukan suku kaum itu ke arah yang positif terhadap perkembangan semasa," katanya.
   Dimie yang merupakan seorang usahawan yang sedang meningkat memberitahu, suku kaum asal di negeri ini sepatutnya sudah berada jauh ke hadapan dalam semua aspek, khususnya ekonomi dan pelajaran.
   Namun apa yang telah berlaku katanya, suku kaum itu sekadar penentu kepada survival politik golongan tertentu.
   Dan tegasnya, PDMBSS melihat senerio itu sebagai satu kerugian besar kepada bangsa yang amat berpotensi itu.
   "Hari ini saya melahirkan PDMBSS untuk payung kepada kaum itu," katanya dan menambah focus utama persatuan itu selepas pendaftaran penubuhannya diluluskan ialah memastikan pada tahun 2020, suku kaum Dusun asal mampu berdiri sama tinggi dengan kaum-kaum yang sudah jauh menikmati kemajuan.
   "Saya ingin melihat ramai suku kaum dusun yang bertaraf jutawan pada tahun itu," katanya. 

SUARA BEBAS TUARAN: PKR lumpuh <b>Di Keningau</b>?

Posted: 21 Mar 2012 12:47 AM PDT

SUARA BEBAS TUARAN: PKR lumpuh Di Keningau?

Blog Archive


PESONA: Mestilah Bangga & Bersyukur Ada ASNB <b>Di Keningau</b> <b>...</b>

Posted: 12 Mar 2012 08:00 AM PDT


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tidak perasanlah bila pula siap dan berdiri megah permis kewangan ASNB di Keningau, rasanya bangunan ni dekat dengan pasar malam dan merupakan sebuah restoran dan tempat menjual kuih muih. Tiba-tiba sahaja bertukar dengan megahnya sebagai ASNB terbaru permis kewangan di daerah Keningau, Sabah.
Startegik agaknya dan mudah dikesan oleh ahli ASNB tempat ini, kerana pada pagi dan tengahari memang kawasan ini lengang dan kurang orang Keningau lalu lalang. Tetapi menjelang jam 3.00 petang alamak ....ramainya orang di area ini, kerana di belakang  bangunan ASNB ini letaknya pasar malam Keningau. Para peniaga sudah berdatangan dan bersedia untuk mengurus niaga jualan masing-masing sebaik jam 4.30 petang diberi kebenaran menjual oleh Majlis Daerah Keningau. Bermakna pada jam itu operasi permis ini akan berakhir menerima pelanggan ASNB, membuatkan ruang masa dan kerja serta kestrategikkan permis ini pada pandangan saya sangat sesuai.
Seminggu yang lalu, saya parking kereta setentang dengan bagunan ini, sambil menunggu anak dari Daerah Ranau, nampak warna biru dan perkataan ASNB terasa terkejut. Nampaknya mudahlah pelanggan ASNB menyimpan dan keluarkan wang simpanan ASNB. Tidak lagi bersesak dan jenuh menunggu nombor dipanggil giliran dalam urusan ASB dan ASNB di cawangan CIMB, Pejabat Pos atau di Mybank. 
Kepesatan pembangunan di Keningau sejak akhir- akhir ini sangat jelas ketara. Jalanraya diperluaskan diaspal dan diletakkan benteng, pembaikkan jambatan dan pelurusan jalan juga sibuk dilakukan. Bangunan besar sana- sini, seperti yang dilihat bersebelahan dengan Supermarket Hiap Lee, di belakang KRK, selain pembinaan bangunan di Jalan Duruk dan di Jalan Masak, Keningau. Wow! Keningau kini pesat membangun.
Kepada semua warga Keningau, tidakkah bersyukur dengan kemudahan yang ada kini dan kemudahan yang akan kita nikmati nanti. Marilah bersyukur dengan nikmat pembangunan ini. Tadahlah tangan memohon agar Daerah Keningau jauh dari petaka angkara murkaNya. Semoga Daerah Keningau yang pesat membangun ini diberi olehNya rahmat dan keharmonian masyarakat etnik Keningau terjalin dan jauh dari perbalahan sesama serta jauh dari saling benci membenci. Menghargailah mana yang ada, dengan mengingati bawaha semua itu ada atas dasar pinjaman semata dan perhatian dari pemimpin di Daerah Keningau.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved