ads

Ahad, 27 Mei 2012

10 di tambunan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Travel Guide : Ranau & <b>Tambunan</b> | Pika Eugene <b>Di</b> sini

Posted: 22 May 2012 12:28 AM PDT

Tempoh hari jalan-jalan ngan satu family, kecuali dengan abang yang sorang lagi. Sibuk dengan kerja ofis dia. Sebenarnya dah lama pun gambar ni, tapi baru nak wat entry. fUH. 
Korang boleh bayangkan tak dalam tempoh 12jam boleh melancong sampai tiga lokasi. Hehehe.
Alaa..memang lah tak hairan kat kawasan Sabah juga kan. Bukan naik kapal terbang pun. ;p
Lagipun satu jalan juga dari Keningau. Jadi Lokasi pertama kitaorang pergi:
"Tagal" dalam dialek Kadazandusun,  bermaksud 'dilarang memancing'. Nak masuk ada FEE, tak ingat nak bayar berapa tapi tak mahal. Yang saya ingat kena bagi tempoh 15minit "kawan dengan ikan" yang jinak-jinak belaka ni. Hakhak. Saya ada masuk juga testing 1 2 3. Tapi tak berani bagi makan kat ikan tu.  Tapi korang yang tak pernah pergi sini, saya syorkan untuk pergi. hehe. Lokasinya ada jauh sikit dari pekan Ranau, tapi memang tak rugi kalau pergi :)

Haaa..ni adik saya. Satu-satunya adik saya haha. Dengan gagah dan berani bagi ikan tu makan.
Mama dan bapa saya yang super eksaitedd, sebab memang suka ikan. Hee.
**Dunno why my mom making that weird face. hahah. 
Sabah Tea Garden ne, tak jauh dari Kg.Luanti tadi. Tak sampai setengah jam dah sampai kat sini.
Ne lah tempat tumbuhnya(*ayat skema )teh sabah yang korang suka minum tu ;p
Singgah pula makan kat restoran sana. Santai ja restoran tu, makanan pun em..sedap sedap. Hee. Tapi harga pun sedap juga. Tapi best makan atas bukit haha rasa macam kat korea pula ;p
Kiri: My one&only older sister, Kaisan(anak buah) dan abang ipar. Kanan: Who's that fat girl? teehee.
Singgah pula kat souvenir gift shop ni, saya beli T'shirt "I Sabah Tea". 
Kalau mata korang teliti, korang boleh spot baju tu dalam salah satu video cover saya kat 
youtube. heheh :) Tempat ni memang best, cuaca tenang. Orang-orang kat sini pun mesra.
Mahua Waterfall Tambunan, Sabah.
Memang cantik tempat ni. Dijaga dengan rapi. Tak dapat gambar kawasan ni sepenuhnya, maklumlah ketinggian badan kurang mencukupi ;p. Kalau nak masuk pun ada bayaran juga tapi sekali lagi saya lupa berapa FEE nya :D 
Lokasinya tak jauh dari Pekan Tambunan. Tapi kalau nak masuk pergi kawasan air terjun kena jalan kaki. Kereta tak boleh masuk.  Tak sempat pula ambil gambar pathway pergi ke kawasan air terjun ni. Sebab saya rasa agak seram sikit. Haha mungkin sebab dah nak senja kot.
Sekali lagi mereka posing skema. Weekk. Tak rugi makan angin sini. Hee walaupun sekejap ja, dan tak sempat mandi pun dah cukup masuk dalam gambar ;p Lain kali kita ramai-ramai pula pergi pula ya, siap buat khemah lagi hehe. So, kalau ada masa tu cubalah cuti-cuti Malaysia, tak payah kot pergi jauh-jauh. Asalkan dapat habiskan masa dengan keluarga. Best!!
OK la. ok la. Cukup-cukup. Sekarang nak pergi Korea pula bye! ;p

Terima Kasih Sudi Baca. Sila datang lagi :)

SEMOGA SAHABATKU DIBERI KEKUATAN UNTUK MENGEMUDI <b>...</b>

Posted: 24 May 2012 07:41 AM PDT

Antara gembira dalam  sedih ketika berlaku peralihan amanah sebagai Ketua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Bahagian Tambunan kepada sahabatku sdr Azmi Haji Sidik.

Gembiranya, sejak memegang amanah ini selama 6 tahun bermula 2006-2012 bolehlah saya katakan ada beberapa tindakan yang dilaksanakan bersama sahabat lain telah mengembalikan nama USIA di bahagian ini ke jiwa masyarakat muslim Tambunan.

Pertubuhan ini pada mutaakhir telah menarik minat belia dan beliawanis berkecimpung bersama dalam dakwah Islamiah. Buktinya,boleh dikatakan rata-rata barisan pimpinannya terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 40 tahun.

Kewujudan pejabat serta pembatntu tadbir secara kekal juga telah melicinkan lagi pentadbiran seharian.

Sedihnya, apabila tidak lagi bersama-sama dengan sahabat seperjuangan di Peringkat Bahagian ini.

—————

Apa yang saya harapkan adalah, semoga sahabat saya Sdr Azmi Haji Sidik dengan dibantu oleh Cikgu Tajudin Mohd Ali dan  Cikgu Aziz Raimin serta AJKnya agar terus bekerja dengan seikhlasnya demi masyarakat muslim setempat.

Didoakan kalian agar diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus menggalas amanahNya sekalipun berhadapan dengan tribulasi dan mehnah yang datang bertali arus.

Saya dapati kini pimpinan USIA Bahagian Tambunan kian matang dalam menghadapi apa jua isu dan situasi. Kebijaksanaan dan Hikmah kian terserlah dalam apa jua keadaan. Alhamdulillah.

Harapanku pada Ketua Belia USIA Tambunan yang baru, sahabatku Ustaz Suhaidi Ag Damit. Harapan yang amat tinggi diletakkan pada bahu saudara memimpin belia muslim di daerah ini.

Ambilah inisiatif yang kreatif dan inovatif menarik mereka agar cinta pada gerakan dakwah Islamiah khususnya di daerah ini.

Percayalah kekuatan kita terletak pada mereka untuk 20 tahun malah 100 tahun akan datang!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved