ads

Isnin, 21 Mei 2012

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


"SCANDAL SEX" SHAFIE ROCKS <b>SEMPORNA</b> - in Malay

Posted: 21 May 2012 09:42 PM PDT


SKANDAL.....Apakah Skandal Seks Shafie Apdal yang akan didedahkan Dayangku Intan menjadi penamat kesombongan Shafie atau Naib Presiden UMNO ini terus GAH di persada politik tanah air?
SEBILANGAN besar penduduk-penduduk yang tinggal di pesisir pantai dan kepulauan Semporna yang dibelenggu kemiskinan serta kedaifan hidup telah bertekad untuk tidak lagi memberikan undi kepada tiga Adun dan Ahli Parlimen Semporna pada PRU-13.
Menurut mereka hanya kroni-kroni, saudara mara serta kaum kerabat Wakil Rakyat sahaja yang mendapat pembelaan istimewa, terutama mendapat tanah dan projek; sedangkan rakyat biasa masih dirantai kemiskinan.
Yang paling ketara sekali daripada jumlah 49 buah kampung, 11 daripadanya yang telah di lawati oleh Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna Nazmahwati Walli baru-baru ini bersama-sama Wartawan Kanan Sabahkini.Net; termasuk Kampung Pulau Bum-Bum, Pulau Simandeh, Pulau Larapan, Pulau Tandoan, Pulau Labuan Haji, Pulau Selakan, Pulau Omadal, Pulau Bait, Pulau Pababag, Pulau Manampilik dan Pulau Denawan; ternyata telah terpinggir dan ketinggalan jauh dalam menikmati arus perdana pembangunan negara sejak 20 tahun lalu.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukannya tiada pentuntukan, tetapi saban tahun tiga (3) ADUN dan ADR mendapat peruntukan beratusan juta bagi membangunkan kawasan yang diwakili, tetapi mungkin disengajakan dengan alasan kononnya kampung-kampung yang yang didiami mereka 60 peratus adalah orang asing (PATI) dan hanya 40 peratus orang tempatan sahaja .
Persoalannya bukankah pemimpin BN/UMNO seperti Dato' Seri Shafie Apdal yang menggalakan PATI terus menetap di negeri ini, khususnya di Semporna yang secara automatik mendapatkan kerayatan yang berstatus Bumiputera melalui kad pengenalan projek? Perkara ini bukan menjadi rahsia lagi.
Dalam tinjauan dan penyelidikan rambang yang dilakukan Sabahkini.net, jika empat generasi Bajau tulen yang lahir di Semporna berpaling tadah kepada pembangkang, terutama PKR, maka BN hanya akan memperolehi undi daripada suku kaum Bajau/Suluk daripada Filipina yang diberikan MyKad projek dan akan kehilangan semua kerusi (tiga DUN dan satu Parlimen) di Semporna.
Dalam pada itu desas-desus yang bertiup kencang bahawa PKR telah menamakan empat orang tokoh muda untuk menentang calon BN di Semporna, iaitu Dr Zamri bin Hj Abdul Habbi (DUN Bugaya); Lokman Ureh (DUN Sulabayan); Tahir Ariffen (DUN Senallang) dan Ketua Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang juga EXCO Wanita Negeri, Nazmahwati Walli (Parlimen Semporna).
Kini, senario politik di Semporna mula membadai dan bakal membuat kejutan kerana rata-rata rakyat di daerah ini mahukan perubahan besar dalam pelbagai aspek termasuk politik untuk mengeluarkan mereka daripada mimpi siang sejak 20 tahun berada di bawah ketiak Shafie Apdal dan ADUN yang bersilih ganti.
Walaupun Semporna kaya dengan khazanah alam semula jadi untuk menjana ekonomi rakyat, namun disebabkan ketiga-tiga ADUN dan ADR tersebut tidak mempunyai kredibiliti dan daya pemikiran yang luas; maka terdapat pelbagai kepincangan dalam sistem pentadbiran kerajaan, seolah-olah 'tidak berkerajaan lagi'.
Apapun ini, semuanya bergantung penilaian terhadap diri empat orang yang disebut-sebut sebagai calon DUN dan Parlimen yang bakal diketengah PKR pada PRU 13 untuk menamatkan penderitaan rakyat Semporna. - Sabahkini

sabahkini.net: RAKYAT MULA BANGKIT <b>DI SEMPORNA</b>

Posted: 18 May 2012 08:20 PM PDT


"JIKA wang sebanyak RM1.5 juta yang diberikan kepada Zahida Mohd Rafik digunakan untuk membangunkan kampung Bangau-Bangau dan kampung-kampung lainnya, sudah pasti ramai rakyat mendapat manfaatnya," kata Ketua Wanita PKR Pusat, Hajjah Zuraida Haji Kamaruddin yang menegaskan Shafie mesti menjelaskan sumber wang yang diberikan kepada Zahida dalam Skandal Seks mereka yang didedahkan kepada Media.
Zuraida berkata demikian ketika berucap Majlis Bertemu Rakyat di Kampung Bangau-Bangau Semporna, kelmarin.
"Kampung Bangau-Bangau di bawah DUN Bugaya, 70 peratus penduduknya benar-benar daif kerana hanya kroni-kroni penyokong UMNO sahaja yang mendapat  Program Bantuan Rumah (PBR), namun selebihnya rumah mereka tidak ubah seperti kandang kambing," ujarnya.
Kata Zuraida, sebahagian besar rakyat Semporna dahagakan pembangunan dan mahu perubahan besar berlaku dalam pelbagai hal, bukan sahaja dari segi prasarana bahkan lonjakan taraf kehidupan kerana lebih 70 peratus rakyat Semporna berada di dalam lingkungan putaran ganas kemiskinan disebabkan pembangunan yang gagal mencapai sasaran.
Walaupun sudah hampir 55 tahun UMNO/BN menerajui kerajaan Malaysia, namun kata Zuraida, sehingga sekarang tahap kemiskinan rakyat di luar bandar, terutama di Sabah tetap tidak berubah.
Senario ini jelas kelihatan di Semporna kerana hanya mereka yang tinggal di sebelah darat sahaja boleh dikatakan hidup agak mewah sedikit berbanding rakyatnya yang tinggal di pesisiran pantai dan di kepulauan terlalu daif.
Di Semporna umpamanya, walaupun mempunyai tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang Ahli Parlimen yang memperoleh peruntukan beratus juta ringgit, tetapi entah dilaburkan ke mana kerana Semporna tetap tidak 'sempurna' seperti dahulu juga dan tiada perubahan langsung.
Sehubungan itu, beliau menaruh harapan yang tinggi agar rakyat tertindas di Semporna, khususnya penduduk-penduduk Kampung Bangau-Bangau harus berpandangan jauh. Jangan kerana beras lima kilo, ikan sardin 5 tin, gula 2 kilo dan garam 2 bungkus, mereka terus menerus mengundi calon BN yang selama ini menjadikan mereka sebagai khadam politik.
"Jika ditakdirkan BN/UMNO masih lagi memerintah, begini juga keadaan Semporna dan juga keadaan Kampung Bangau-Bangau tetap tidak berubah. Selagi wakil-wakil rakyatnya bukan berjiwa rakyat, mereka makan isi-isinya semua, yang tinggal hanya tulang dan kuah baru diberikan kepada rakyat. Inilah dasar kerajaan BN/ dari dahulu, kini dan selamanya," kata Zuraida.
Kata Zuraida, Ahli Parlimen mempunyai peruntukkan yang mencukupi untuk membangunkan Semporna kerana setiap tahun mendapat antara RM 2 hingga RM3 juta, tambahan pula selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempunyai peruntukkan yang amat besar.
Kehadiran Zuraida dan Hj Abdulah Sani, ADUN Kuala Langat bersama rombongan lainnya ke Kampung Bangau-Bangau telah disambut lebih 500 orang penduduk yang langsung tidak dipedulikan oleh ADUN Bugaya.
Namun disebabkan mereka mahu perubahan besar, bukan sahaja dari segi prasarana, malah ingin menikmati kehidupan yang lebih baik seperti penduduk Selangor, maka mereka berani mengibarkan bendera panji-panji PKR di rumah mereka.
"Syabas di atas keberanian luar biasa rakyat Semporna yang hati mereka telah menolak BN dan menunggu masa yang sesuai untuk melaksanakan penyingkiran BN secara fizikal dalam PRU akan datang," ujar Zuraida yang mendapat tepukan gemuruh penduduk setempat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved