10 di papar - Google Blog Search |
IKS <b>di Papar</b> berkembang hasil bantuan kerajaan Posted: 19 Apr 2012 12:00 AM PDT Dayang Itam Yusof menunjukkan pelbagai kuih tradisional yang diusahakannya di Kampung Laut, Papar, kelmarin. - utusan/Azrul Edham Mohd. Aminuddin PAPAR 18 April - Dahulu hidupnya sekeluarga agak susah. Semuanya bergantung harap kepada suami, Abidin Ismail yang mencari rezeki sebagai nelayan. Apabila laut tenang, adalah habuan untuk sekeluarga, tetapi sebaliknya apabila arus bergelora. Walaupun sehari suntuk mempertaruhkan nyawa di tengah lautan, hasil tangkapan tidak selalunya lumayan. Demi untuk membesarkan anak-anak seramai tujuh orang, Dayang Itam Yusof, 61, dari Kampung Laut di sini turut membuat kerja sampingan dengan mengambil upah menjahit baju dan membuat kerja-kerja kampung lain. Namun, ia masih tidak mencukupi. Berkat sokongan suami tercinta dan anak-anak, beliau memulakan perniagaan membuat kuih tradisional seperti kuih lidah, cincin dan belacan secara kecil-kecilan dengan modal permulaan hanya sekitar RM200 sahaja. Saban hari, hidup mereka semakin senang, tempahan daripada penduduk setempat semakin meningkat terutama semasa musim perayaan hingga tidak menang tangan untuk memenuhinya. Permintaan tinggi tetapi keupayaan untuk memenuhinya pula menjadi masalah. Dayang Itam berkata, pada 2002, beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) membantu perniagaannya dengan memberi bantuan kira-kira RM5,000 untuk membeli beberapa mesin membuat kuih. "Pada 2007, kami mendapat bantuan kira-kira RM50,000 untuk membesarkan lagi perniagaan, ia digunakan bagi menambah baik bangunan memproses produk dan pembelian mesin-mesin baru. "Semua bantuan kewangan ini diberi percuma. Alhamdulillah semasa permulaan dahulu pendapatan kami sekitar RM1,000 sebulan tetapi kini boleh mencecah sehingga lebih RM10,000 dan jumlah itu bertambah pada musim perayaan. "Saya amat bersyukur jika tidak kerana keprihatinan kerajaan yang membantu kami, saya tidak akan berada pada kedudukan sekarang ini. Terima kasih kerajaan," katanya di sini semalam. Dia turut membuat kuih bahulu, rempeyek dan menjadi pemborong kepada beberapa jenis kuih tradisional lain yang dihasilkan oleh penduduk berhampiran. Dalam pada itu, seorang lagi pengusaha kuih tradisonal Sabah dengan jenama Wanie, Nursiah Marjan, 49, dari Kampung Berundong di sini berkata, kira-kira tujuh tahun lalu beliau langsung tidak terfikir jenama kuihnya bukan sahaja dijual di pasar raya besar di negeri ini tetapi turut boleh dibeli di Sarawak, Brunei dan Semenanjung. "Saya bermula secara kecil-kecilan dengan modal RM150 pada 2005. Kesungguhan saya mendapat perhatian kerajaan, pada 2009 dengan bantuan RM10,000 untuk membeli pelbagai mesin membuat kuih. "Tahun lalu, saya sekali lagi mendapat bantuan kewangan sebanyak RM18,000 untuk membesarkan bengkel membuat kuih. "Semuanya tidak perlu dibayar balik, tetapi sebagai balasannya saya perlu menghantar laporan bulanan kepada agensi kerajaan terbabit yang memberikan bantuan," katanya. Dalam usaha untuk memantapkan lagi perniagaannya, Nursiah kini sedang dalam proses untuk mendapatkan pengesahan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). |
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan