ads

Selasa, 15 Mei 2012

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


sabahkini.net: MARPEN GESA PEMBAIKAN MASJID DISEGERAKAN

Posted: 04 May 2012 09:00 PM PDT


LEWAT…Kahirin ketika meninjau Masjid Al Hidayah di Nabawan menggesa kerja pembaikan dipercepatkan .
NABAWAN : Jawatankuasa Makmal Rakyat Pensingan (Marpen) meminta pihak pelaksana yang menyelenggara kerja-kerja pembaikan masjid daerah Nabawan, Masjid Al Hidayah yang terletak di pekan ini memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerja-kerja pembaikan yang telah lewat daripada jadual yang sepatutnya.
Pengerusinya, Kahirin Bador, berkata, pihaknya telah menerima aduan dari Jemaah Masjid Al Hidayah berikutan dengan kelewatan tersebut, malahan telah dijadikan isu politik oleh pihak pembangkang.
"Kita sendiri akui kelewatan itu menjadi rungutan Jemaah dan menyebabkan beberapa perancangan terganggu," kata Kahirin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda PBRS N.37 Sook.
Katanya, pihaknya telah diberitahu bahawa penyelenggaraan masjid itu yang diluluskan oleh Ketua Menteri sempena lawatan ke masjid itu tahun lalu sepatutnya siap pada dalam tempoh empat bulan, namun kini telah sembilan bulan berlalu.
"Kita minta Bahagian Pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam maklum dengan kedudukan masjid ini kerana inilah masjid yang menjadi tumpuan para muslimin di pekan ini untuk beribadah," ujar Kahirin.
Marpen ialah sebuah jawatankuasa yang memantau masalah rakyat setempat bagi kawasan P 182 Pensiangan yang dianggotai oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) Pensiangan.
Beliau turut membuat tinjauan ke masjid tersebut bersama Pergerakan Pemuda BN di sini.
"Sepatutnya tarikh mula kerja pembaikan dimulakan pada Julai tahun lalu dan siap pada November, tetapi hingga kini ia belum siap sepenuhnya," kata Kahirin.
Disebabkan kelewatan tersebut kata Kahirin, aktiviti seperti Kelas Kafa dan aktiviti lain tergendala akibat kelewatan penyelenggaraan.
Tambahnya, para pemimpin di kawasan Pensiangan telah bersungguh-sungguh dan berusaha mendapatkan peruntukan penyelenggaraan dan kerja pembaikan masjid tersebut dan mendapat peruntukan dari Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Musa Haji Aman.
"Namun kita dukacita kerana pelaksanaannya telah tertangguh dan menimbulkan tanda tanya di kalangan Jemaah hinggakan pihak pembangkang menuduh BN dengan pelbagai tohmahan yang tidak berasas sama sekali," kata Kahirin.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved