ads

Khamis, 3 Mei 2012

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


sabahkini.net: RM40 JUTA BINA SEMULA KLINIK <b>NABAWAN</b>

Posted: 01 May 2012 11:20 PM PDT


NABAWAN: Klinik Kesihatan Daerah Nabawan Jenis 4, yang terbengkalai tahun lalu kini dibina semula bermula Jun ini dan dinaiktaraf menjadi Mini Hospital yang bernilai lebih kurang RM40 juta berbanding sebelum ini RM30 juta.
Menteri Kesihatan Malaysia Dato' Sri Liow Tiong Lai berkata, menaik taraf Klinik Jenis 4 itu kepada Mini Hospital akan memberi kemudahan kepada lebih 32,000 penduduk di daerah ini.
Katanya, Klinik Kesihatan Jenis 4 daerah itu tidak dapat disiapkan pada musim lalu kerana kontraktor yang dipilih gagal melaksanakan kerja-kerja pembinaan seperti yang dikehendaki.
"Bagaimanapun penduduk di daerah ini boleh bernafas lega apabila ia dibina semula dan sekali gus di naik taraf sebagai," katanya semasa berucap dalam rangka lawatan kerja di tapak pembinaan Mini Hospital itu kelmarin.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat peka dengan isu kesihatan rakyat dan sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang terbaik bagi seluruh rakyat di negara ini terutamanya dari segi peralatan dan rawatan yang berkualiti serta tidak membebankan kos.
"Berikutan dengan naik taraf sebagai Mini Hospital sudah tentu kemudahannya akan bertambah dan bilangan doktor dan kakitangan juga akan ditambah," katanya.
Katanya, pembinaan Mini Hospital yang kini dibina oleh pemaju berwibawa di kawasan Pedalaman itu dijangka akan siap dalam tempoh 15 bulan.
Liow turut meminta kerjasama dari semua pihak terutama jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan agar perjalanan kerja-kerja pembinaan Mini Hospital itu dapat dilaksanakan mengikut jadual.
Hadir sama Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan, Datuk Bobbey A Suan, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Mohd Yusof Bin Hj. Ibrahim, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Edward Kok Hai dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Kerja Kesihatan Jabatan Kerja Raya Malaysia, Azman Abdul Manaf, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
Sementara itu, di Hospital Keningau, Menteri Kesihatan itu meluluskan peruntukan pembelian mesin Ultra Sound bernilai RM400,000 dan empat buah mesin Hemodiolisis bernilai lebih kurang RM160,000 bagi menambah kemudahan hospital berkenaan.
Di Keningau, Liow disambut oleh Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Adun Liawan, Datuk Haji Sairin Haji Karno, Pengarah Hospital Keningau, Dr. Adnan Musa Balidran dan pemimpin-pemimpin parti komponen di kawasan ini.
Dalam masa yang sama, Liow merasmikan Farmasi Pandu Lalu Hospital Keningau yang memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan ubat.
Liow berkata, dalam sistem Farmasi Pandu Lalu, para pesakit boleh mendapatkan ubat melalui pesanan telefon dan SMS.
Katanya, selain Farmasi Pandu Lalu, para pesakit juga boleh mendapatkan ubat melalui pos.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved