10 di kunak - Google Blog Search |
Burung Merak Pongsu mungkin masih wujud <b>di Kunak</b> - Kunak Press Posted: 22 Mar 2012 06:31 AM PDT Penemuan bulu dipercayai Burung Merak Pongsu (The Borneon Peacock-Pheasant) di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Hutan Simpan dekat Mostyn, di sini, baru-baru ini mengundang spekulasi wujudnya spesis burung tersebut di sini. Seorang pekerja buruh, Idris berkata, dia ketika dalam perjalanan balik dari ladang sawit untuk solat Jumaat baru-baru ini menemui bulu burung itu di atas jalan raya. "Tidak jauh dari ladang ini ada hutan simpan di situ. Mungkin ini bulu yang tertanggal dari burung merak", katanya sambil menaruh keyakinan bahawa burung itu masih mendiami kawasan hutan di sana dan keluar mencari makanan di kawasan ladang berdekatan. Pada suatu ketika, spesis merak seperti itu amat biasa ditemui di Malaysia dan Thailand serta juga dilaporkan di Myanmar, Singapura dan Sumatera. Bagaimanapun, burung tersebut telah hilang daripada kebanyakan taburannya yang dahulu. Disebabkan oleh kehilangan habitat yang berterusan, jumlah burung ini yang kecil serta taburan yang terhad, Burung Merak Pongsu dinilaikan sebagai burung rentan dalam senarai merah IUCN sebagai spesis terancam. Berdasarkan laman wikipedia, saiz burung Merak Pongsu sederhana antara 40 dan 53 sentimeter panjangnya. Warna bulunya keperang-perangan dengan bintik-bintik hitam. |
You are subscribed to email updates from di kunak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan