ads

Khamis, 31 Mei 2012

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Mangsa Bot Karam <b>Di Kudat</b> Ditemui | MyNewsHub

Posted: 06 Feb 2012 11:33 PM PST

KOTA KINABALU – Setelah tiga hari  menjalankan operasi mencari dan menyelamat,  mangsa bot karam di antara perairan Kampung  Tampakan dan Kampung Limau-Limauan, Kudat,  Sabtu lalu akhirnya ditemui penduduk kampung  hari ini.

Menurut kenyataan Agensi Penguatkuasaan  Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah  Maritim Sabah dan Labuan yang dikeluarkan hari  ini, mayat Asalin Kulijah, 50, ditemui penduduk  yang turut membantu mencari mangsa pukul  6.15 pagi.

"Maritim Malaysia menggunakan sebuah bot  bersama enam anggota untuk mencari mangsa.  Kita turut dibantu oleh pasukan Skuba dan sebuah  bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia  (JBPM) serta orang ramai sejurus menerima  laporan.

"Setelah tiga hari, mangsa berjaya ditemui oleh  penduduk dan mayat telah dibawa ke Jeti Kudat  sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk  tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam kejadian itu, mangsa bersama lima  rakannya telah keluar untuk menangkap ikan pada  pukul 7 pagi di perairan Kampung Limau-Limauan  dengan menggunakan sebuah bot.

Bot mereka bagaimanapun karam menyebabkan  kesemuanya berusaha menyelamatkan diri,  namun mangsa yang berbangsa Rungus  dipercayai hilang. – mynewshub.my

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved