10 di kinabatangan - Google Blog Search |
Ucapan Anwar Ibrahim <b>di Kinabatangan</b> - KEPIMPINAN ANAK <b>...</b> Posted: 10 May 2012 04:48 AM PDT Ucapan Anwar Ibrahim di Kinabatangan KINABATANGAN ; Rakyat bukanlah kuli penguasa dalam Negara yang merdeka ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, hak rakyat mesti dijaga oleh pemimpin termasuklah mendapatkan maklumat adil dan bebas. "Rakyat tidak harus terus diperbodohkan, diugut, dilemah dan diletakkan dalam kemiskinan. "Kekayaan Sabah dengan hasil sawit dan balaknya, mesti dipulangkan kepada rakyat" Katanya pada sambutan Aidilfitri di perkarangan Rumah Ketua Cabang KEADILAN Kinabatangan, Mustapa Datu Tambuyong. Turut serta, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah dan Bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad Tamrin Jaini. Mengulas isu tanah Sabah, Anwar melahirkan kekecewaan atas sikap penguasa yang memanipulasi sijil sebagai alasan untuk menghalalkan tanah rakyat dirampas dan diserah kepada syarikat kroni. "orang kampong yang meneroka, tinggal zaman berzaman dan bergantung harap kepada hasil tanah, manalah tahu undang-undang dan mampu membiayai peguam untuk memastikan hak mereka terbela. "Itu tanggungjawab wakil rakyat untuk membela hak mereka. Wakil Rakyat mesti menjiwai denyut nadi rakyat" tegasnya. Sebelum ini, Pengerusi Biro Tanah KEADILAN Sabah yang juga bekas Exco Kerajaan Sabah, Datuk Kong Hong Ming mendedahkan bahawa leih 32,000 kes rampasan tanah berlaku di Sabah. Namun tidak didedahkan media selain kurangnya pengetahuan undang-undang dalam diri pemilik tanah. Oleh itu, beliau berharap rakyat Sabah rajin mengambil tahu isu semasa selain membandingkan pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri pimpinananya dan pentadbiran Umno BN di Sabah. Menurutnya, pentadbiran Umno BN kekal melingkari rasuh dan pemborosan berbanding pemerintahan Pakatan Rakyat yang bersifat berkebajikan untuk rakyatnya. Beliau memberi contoh bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor khususnya memberikan RM100 bagi anak yang baru lahir, masuk universiti RM1,000, meninggal dunia RM2,500, air percuma dan sebagainya demi memgembalikan hak rakyat. "Kita baru perintah tiga tahun, sudah beri macama-macam. "Kerajaan Negeri Sabah hanya beri air hujan percuma," Sindir Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin. Oleh itu, Anwar menyeru rakyat Sabah khususnya warga Kinabatangan berani melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dengan memastikan undi hanya untuk Pakatan Rakyat. "Semua yang ada mesti berperanan, terang dan jelaskan beza pemerintahan Pakatan Rakyat dan BN. "Buat diam-diam, apa yang diberi pemimpin BN, ambil, kerana itu hak rakyat. Apa kita nak malu dan takut kepada perompak tanah rakyat. "Kita jangan jadi hamba penguasa dalam Negara yang merdeka ini, kemiskinan harta kita tidak bererti kita miskin semangat untuk terus diperbodohkan, diugut dan bermacam-macam lagi penindasan. Ketuanan rakyat mesti dimartabatkan" Gesa Anwar. Anwar turut menyandarkan harapan kepada anak muda yang menjadi sebahagian besar tetamu dalam majlis tersebut untuk melakukan perubahan.-Sabah Kita- |
You are subscribed to email updates from di kinabatangan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan