ads

Ahad, 22 April 2012

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


MAJLIS MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT <b>NEGERI SABAH</b> <b>...</b>

Posted: 10 Apr 2012 08:56 AM PDT

Alhamdulillah, Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Sabah kali ke-4 di Dewan Saadah Wisma MUIS berjalan lancar pada sabtu lepas dengan penyertaan 17 orang peserta termasuk anak-anak Sabah yang menuntut di Darul Quran Kuala Kubu Baru, Maahad Tahfiz Sandakan dan Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Sabah sendiri. Dalam penganjuran yang serba kekurangan terutama kehadiran orang ramai yang mengecewakan, saya tetap menyanjung usaha-usaha mengangkat dan memperkenalkan budaya menghafaz al-Quran di negeri Sabah ini.

Memang walaupun orang Sabah sudah ada yang menghafaz al-Quran sejak akhir tahun 1960an lagi, tetapi perkembangannya sangat perlahan. Apa yang saya ketahui ialah sehingga akhir 1980an pun jumlahnya belum mencapai 10 orang. Ia semakin baik dan berkembang pada pertengahan dan akhir 90an, apatah lagi Maahad Tahfiz Sabah mula beroperasi. Jumlah anak-anak Sabah mungkin sudah melebih 200 orang, mengambil kira lepasan Maahad Tahfiz Sabah, Darul Quran Kuala Kubu Baru, serta institusi tahfiz persendirian seperti di Kg Bingkul Beaufort, Maahad Tahfiz Sandakan, Maahad Tahfiz asy-Syatibi di Masjid Bandar Kota Kinabalu dan lain-lain.

Saya sangat optimis bahawa dengan penganjuran Majlis Menghafaz al-Quran seperti yang diadakan baru-baru ini jika terus diperbaiki kelemahan yang berlaku untuk tahun-tahun mendatang, insya Allah institusi tahfiz di Sabah akan terus meriah dengan kemasukan calon-calon penghafaz al-Quran terutama di kalangan orang-orang muda.  Walaubagaimanapun, kami angkatan akhir 90an dan awal 2000 yang bersembang hari itu berasa sangat teruja kerana kini Majlis Menghafaz sudah diangkat lokasinya ke tempat yang lebih berprestij. Maklumlah tiga tahun sebelum ini majlis berkenaan diadakan di Maahad Tahfiz al-Quran saja.

Para hakim hari itu dipimpin oleh Ybhg Datuk Haji Mokhtar Rapok, orang lama dalam dunia tahfiz di Sabah. Beliau orang ketiga menghafaz al-Quran pada awal 70an, dan kami orang-orang muda membantu dan menimba pengalaman yang sangat berharga pada hari yang bersejarah ini. Sahabat karib saya sejak 20 tahun lalu, Ustaz Rahim Yahya Abdul Rahman yang juga rakan sekelas sejak zaman sekolah dan di Maahad turut bersama-sama duduk di kerusi panel hakim bersama Ustaz Md Jumat Abdul Razak (Pejabat Mufti), Ustaz Haji Ibrahim Kisab (Imam Besar Masjid Negeri Sabah). Ustaz Zulfauzi Awang Besar dan Ustaz Md Hailmi Misbah berada di pentas sebagai hakim fatih dan munabbih.

Muhammad Khairul Razikin Abdul Razak yang mendapat 93 peratus untuk johan kategori 1-30 juzu' sekali lagi akan mewakili Sabah bersama Muhammad Nasir Muhammad Mursal (johan 1-10) dan Astizam Adam Malik (wakil 1-20 juzu') ke Majlis Menghafaz Kebangsaan di Perlis pada 12-15 April. Tiada wakil bahagian perempuan yang layak pada tahun ini pada ketiga-tiga kategori.

Kepada peserta yang diangkat sebagai pemenang, tahniah diucapkan dan semoga menjadi pencetus semangat, motivasi dan contoh yang baik kepada orang lain. Kepada peserta yang lain, pengalaman dapat naik pentas dan mempersembahkan hafazan di hadapan khalayak sudah tentu menjadi pengalaman yang sangat berharga dan manis yang tidak dapat dirasai oleh semua orang, semoga boleh tampil dengan lebih baik pada tahun akan datang.

Majlis Penutupan dilakukan oleh Aspah Abdullah Sani, Timbalan Pengerusi MUIS mewakili Pengerusi MUIS YB Datuk Haji Mohd Suhaili Said. Turut hadir ialah Ustaz Saifuddin Daud, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAINS yang mewakili Pengarah JHEAINS Datuk Haji Amri Suratman.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved