di negeri sabah - Google Blog Search |
Sabahdaily: Benarkah Kita Anak <b>Negeri Sabah</b>? Posted: 15 Mar 2012 08:08 AM PDT SEMINAR Sehari Kefahaman Hak Anak Negeri (NCR) yang buat pertama kalinya akan diadakan di Sandakan pada 24 Mac ini bertempat di Dewan SM Yu Yuan, Sandakan. Seminar yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang adalah terbuka kepada belia-belia seluruh daerah Sandakan, Telupid, Kinabatangan dan juga Beluran dan setakat ini seramai 400 orang sudahpun mendaftar diri untuk menyertai program tersebut. Beberapa orang penceramah yang terdiri daripada doktor, pensyarah dan peguam akan turut membentangkan beberapa kertas kerja pada seminar tersebut. Seminar tersebut yang bertemakan 'Definasi Anak Negeri/Sijil Anak Negeri Siapa Berhak Memilikinya' anjuran bersama Angkatan Kesedaran Anak Bumiputera (AKRAB), Sekolah Pengajian Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah, Koperasi Sukau Kinabatangan Bhd dan Koperasi Pembangunan Tanah Kampung Karamunting Bhd yang pembukaannya akan disempurnakan oleh ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman. Osman Nasroh merupakan pengarah kepada seminar ini menjelaskan tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberikan kefahaman tentang tanah adat (NCR) di setiap sudut kampung yang diduduki. "Ramai di kalangan bumiputera sendiri tidak memahami mendalam tentang hak-hak asasi tanah adat kepada masyarakat setempat yang menjurus kepada warisan sejak zaman nenek moyang kita yang dilahirkan di bumi Sabah yang tercinta ini. "Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri atau menyedari tentang pengertian istilah Bumiputera/Anak Negeri atau apakah selama ini kita hanya mendabik dada merasakan kita adalah anak bumiputera Negeri Sabah tanpa mengetahui apa hak-hak keistimewaan kita sehingga suatu ketika nanti, tanpa disedari kita akan dan bakal menjadi orang asing dan pelarian di bumi dan tanah air sendiri," ujar Osman. Kata Osman, segala persoalan di atas hanya akan terjawab di seminar ini dan penyertaan adalah percuma; termasuk makan minum dan sijil penghargaan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) Oleh : SHAIMON S JUMADI (SK) |
GoMalaysian: Kebangkitan Barisan Pembangkang <b>Di Negeri Sabah</b> Posted: 04 Jan 2012 11:00 PM PST Lagi barisan pembangkang muncul di Sabah? Alan Ting | 12:19PM Jan 5, 12 Pelancaran parti STAR Sabah Jumaat lepas mungkin tidak disedari banyak pihak jika tidak kerana kenyataan yang dikeluarkan sekretariatnya pada petang Selasa. Selain kumpulan pendesak yang beliau ketuai, dikenali UBF, setakat ini, Jeffrey telah berjaya menarik Parti Maju Sabah (SAPP) dan sebuah lagi parti yang belum didaftarkan iaitu Usno Baru, untuk menyertai gabungan itu yang dinamakan Perikatan Borneo. - Bernama |
You are subscribed to email updates from di negeri sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan