10 di tuaran - Google Blog Search |
KEM REMAJA ISLAM (KRIS): KRIS <b>TUARAN</b> KALI KE-6: ADA APA <b>...</b> Posted: 10 Apr 2012 09:15 PM PDT [unable to retrieve full-text content]Di Tuaran kita bermula atau lebih spesifik lagi di SMK Badin, Tuaran. Kini, KRIS ... Gabungan mantap PSS dan KRU Tuaran terus mengukir lanskap dakwah di Bumi Tuaran dengan kerjasama sabahat sahabiah sekalian. |
mazlienorinah™: KETIDAKSAMARATAAN YANG SEMAKIN KETARA Posted: 26 Mar 2012 11:07 AM PDT Permulaan untuk kali ini, saya memohon maaf sekiranya ada pendapat dan pandangan saya yang sedikit mengusarkan banyak pihak dalam parti. Percayalah, jiwa saya masih dengan UMNO, dan saya percaya ada ramai lagi yang sebaya dengan saya di luar sana yang sama fikiran dengan pandangan dan pendapat yang akan saya nukilkan sebentar nanti. Jiwa membangkang dalam parti itu seharusnya lebih dilihat secara positif oleh kepimpinan daripada melayan terus karenah pembangkang yang kadang-kadang seakan memperlekeh kemampuan kerajaan dengan membangkang itu dan ini. Tidak tahu mana puncanya. Seolah-olah Mengkabong dan Berungis yang masih antara mukim terbesar di Tuaran, seakan-akan hilang dalam kerancakan aktiviti pembangunan di Tuaran. Ketika mukim-mukim lain begitu rancak dengan pelbagai aktiviti dan program memajukan fizikal dan rohaniah penduduk, Mengkabong & Berungis dilihat hanya sebagai pelengkap senarai mukim-mukim di daerah Tuaran. Jangan cerita penyusunan semula mengkabong, jangan cerita bangunan kedai tiga (3) tingkat di Simpang Berungis, itu bagi saya sekadar mengaburi mata. Hakikatnya, ada yang lebih penting dari itu, yang tiada di Mukim Berungis dan Mukim Mengkabong. Bermula dengan deretan Program Juara Rakyat yang tidak pernah singgah di Berungis dan Mengkabong, malah tidak pernah pun sampai ke Giling atau Nongkolud, membuktikan ada sesuatu yang tidak kena dengan penganjuran Program Juara Rakyat di Tuaran.Pemilihan tempat yang tidak pelbagai dan berulang-ulang kali serta perjalanan program yang kurang kreatif menjadikan Program Juara Rakyat tidak dirasai sepenuhnya oleh seluruh lapisan masyarakat Tuaran amnya, sehingga ada suara-suara yang memperlekeh program UMNO Tuaran yang kita sanjung dan pertahankan setiap hari, seakan-akan program UMNO ini sekadar melengkapkan jadual bulanan tanpa memfokuskan penglibatan masyarakat Tuaran yang sebenar. Prestasi 2011 yang mana Juara Rakyat tidak sampai kepada setiap masyarakat Tuaran menyebabkan ada yang melabelkan program itu sebagai program syok sendiri UMNO Tuaran yang menyakitkan telinga kita sebagai penyokong tegar UMNO di Tuaran, atau lebih tepat ORANG UMNO di Tuaran. Ini keadaan yang kita perlu sama-sama fikir bagaimana untuk menjadikan program ini supaya tidak dirasakan sebagai program syok sendiri oleh masyarakat Tuaran, dan terus dilabel sebagai kumpulan yang menghabiskan duit rakyat oleh barisan buta tulih pembangkang. Cadangan awal tahun yang meletakkan daerah-daerah mengundi sebagai fokus utama untuk Program Juara Rakyat pada tahun 2012 seakan-akan tidak menjadi kenyataan apabila pemilihan tempat yang sama juga menjadi pilihan penganjur seperti tahun sebelumnya, sedangkan ada tempat lain yang belum pun dijejak oleh Program Juara Rakyat di daerah Tuaran dan seperti biasa, masyarakat dari daerah mengundi yang lain dijemput beramai-ramai datang semata-mata untuk meramaikan program. Ini bukan memburukkan UMNO Tuaran, tetapi seperti ada yang tidak kena dalam program-program berguna yang diatur oleh UMNO Pusat untuk dianjurkan oleh setiap bahagian. Perkara ini samalah ertinya dengan program-program kerajaan pusat yang gagal direalisasikan oleh jabatan-jabatan seperti yang sepatutnya, sekaligus gagal sampai kepada rakyat. Kesannya bukan pada jabatan atau kepimpinan bahagian tetapi kepada kerajaan keseluruhannya yang mana UMNO menjadi tunjang utama. Saya berpeluang untuk menghadiri satu program RISDA di Dewan Persidangan Majlis Daerah Tuaran pada 21 MAC 2012 yang lalu, yang mana saya sendiri tidak tahu menahu apa sebenarnya program tersebut sehinggalah saya sampai ke tempat pendaftaran dan mengetahui bahawa ianya adalah Seminar Pembangunan Usahawan RISDA dan Penyampaian Sumbangan Pengerusi RISDA Kepada NGO di Sabah. Antara NGO di Tuaran yang menerima sumbangan ialah : 2. JKKK Kg. Pulau Simpangan, 5. JKKK Kg. Kegayungan, 8. Persatuan Rekreasi Pejabat Daerah Tuaran dan 9. Lembaga Pengelola SAR Kg. Serusup Tuaran. *renung2kan di mana kedudukan kampung-kampung di atas dalam daerah Tuaran. Saya tidak tahu jumlah sebenar sumbangan tapi saya percaya ianya sekitar RM3,000 - RM 5,000. Persoalannya, kriteria apa yang dinilai oleh pengurusan yang mengatur penerima sumbangan sehinggakan lebih sepuluh (10) JKKK di Mengkabong dan lima (5) di Berungis tidak termasuk NGO yang lain tidak langsung satu (1) pun tersenarai dalam senarai penerima. Mungkin sebab tiada tanah getah di Mengkabong dan Berungis yang digunapakai sebagai alasan, tetapi kenapa perlu Persatuan Rekreasi Pejabat Daerah Tuaran dan Lembaga Pengelola SAR Kg. Serusup pula yang tersenarai? Lembaga Pengelola SAR , boleh lagi diterima, tetapi Persatuan Rekreasi Pejabat Daerah Tuaran ni apa perlunya? selama ini pun saya tidak pernah dengar persatuan ini masuk mana-mana kampung di daerah Tuaran. betul kan saya kalau saya silap. Jadi rasional kah pengagihan sebegitu yang kita tahu diurus oleh UMNO Bahagian Tuaran? Nyata Mukim Mengkabong dan Mukim Berungis [mencecah 6,000 jumlah pemilih] hanya sekadar pelengkap dan digunakan untuk meramaikan mana-mana program dan aktiviti di daerah mengundi yang lain dan jauh sekali untuk diberi peluang untuk mendapat hak dan peluang untuk menganjurkan Juara Rakyat mengikut acuan sendiri. Sama-sama kita doakan yang baik-baik untuk parti kesayangan kita, UMNO, sayang seribu kali sayang jika setiap program yang diatur oleh pusat gagal mencapai matlamat yang sepatutnya, disebabkan semangat "KITEI-KITEI JO" yang lebih tebal, dari semangat SATU MALAYSIA.........sekian, terima kasih.... |
You are subscribed to email updates from di tuaran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan