ads

Sabtu, 28 April 2012

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


bittersweet day: ada apa dengan sabah : all about <b>tenom</b>

Posted: 27 Apr 2012 10:55 PM PDT

date: 9/4/12 & hari : Isnin
Hari ini kami decide akan naik bas pulang ke Kota Kinabalu jam 12. Jadi pagi tu kami punya misi mahu jalan jalan sekitar Tenom. Ada apa tempat menarik di Tenom ya. hasil google malam tadi, antara tempat menarik untuk dikunjungi ialah Tenom Agricultural Park and Murut Cultural Centre. Malangnya Tenom Agricultural Park tutup pula hari Isnin? so haluan ditukar ke Murut Cultural Centre.
Before bertolak, kami  jalan-jalan tawaf sekitar pekan Tenom. Kecik je pekan ni sebab sekejap je jalan-jalan dah pusing satu pekan dah. Sebab Tenom terkenal dengan Kopi, maka kami pun singgah minum secawan Kopi Robusta+ soto semangkuk yand di'share berdua. kira brunch la tu sebab dah jam 10am pun. Kemudian, kami singgah kedai runcit beli kopi beberapa bungkus buat ole-ole pulang.



<kopi kat kedai ni taste biasa saja. kedai lain tak tau>



<dalam mangkuk tu ada cili sambal yang sedap tapi pedas gilak. memang jatuh hati la dengan sambal tu and wonder macam mana nak buat. memang kebanyakan gerai makan di sabah ada sambal cili ini la.>

kami mulanya bertanya teksi ke Murut Cultural Centre. rm15 sehala. eh, mahal bebenorye. kemudian beralih arah tanya bas mini sebab nak budget.  takkan la rm15 kalau dekat je kan. bas mini di sabah ni adalah van ye harap maklum. Murut Cultural Centre is on the way ke keningau. tambang rm2 seorang. murah gila, so kami pun naiklah dengan gembira sebab dapat jimat rm13 tuuu.


<inilah rupa bas mini itu>


<nama hentian bas tapi sebenarnya boleh la dikatakan parking hentian bas saja.err.>

Sampai saja di pintu gerbang tengok papan tanda said 'isnin tutup'.  Whattt!! are U kidding. tadi tanya pekerja hotel cakap bukak hari isnin. pintu gerbang masuk pun tengok ala-ala tak siap. tanpa fikir panjang, terus kami decide nak masuk jugak walau suasana sunyi amat. Lepas melewati kaunter, eh tak tutup gate. kami pun dengan happy masuk free tanpa halangan. kalau kena halau keluar sebab masuk tak bayar adalah cerita lain. eh.. dalam kawasan cultural centre tu ramai manusia rupanya. Memang seem that day tutup, tapi mereka yang ramai ramai bukan pengunjung tapi pekerja yang tengah buat persediaan sempena Pesta Kalimaran next week. aduh,, salah hari la pulak datang kan. then apalagi terus kami melawat kawasan dengan buat muka selamba. menarik juga learn culture Murut ni. bila masuk lawat dah ambil picha semua baru Nampak signage no camera bahagian muziumnya.. hahaha.. dah tercapture la pula, takkan nak delete pulak, so aku biarkan saja.. ;p.








serius kan dalam picha ni nampak cultural centre memang kosong tak berpenghuni. sebenarnya saja ja tak tunjuk gambar yg ada orang buat semak entry ja sebab tak releven nak ditunjuk. orang yang meramaikan tempat ni cuma pekerja-pekerja yang sibuk buat persediaan pesta kalimaran. sumua ada kat bawah rumah panjang ni ha. picha barang-barang di dalam musium pun x tunjuk sebab p&c kan.. hehe..

then, kami head back to pekan tenom semua. Anna nak gi Agriculture Park. bila tengok jam dah pukul 11 lebih, hasrat dibatalkan. eh, nak naik bas jam 12 la. Kat pekan tenom, kami lawat Masjid tenom. Wah, memang kagum la seni binanya yang retro. sangat tenang suasananya dan cantik. nak melawat tugu Antenom tak sempat pula.








menjelang jam 12noon, kami menapak ke kaunter bas. sambil menapak dari masjid tenom ke stesen bas. nampak pulak signboard ini. cesss.. tak kami sangka dekat je rupanya Taman pertanian Sabah yg tutup isnin itu dengan stesen keretapi tenom itu.





kaunter bas Cuma sebelah stesen keretapi saja. then, masalah happens. tiket bas habis! ape ke bengong sangat kami tak terfikir di pekan sekecil ini sure tiket bas limited. hanya ada satu syarikat bas saja operasi disitu. lagi tension hanya ada 4 trip saja. Aduh, memang dari semalam dah aware tapi tak fikir pulak nak beli awal. kami ingat bas always available la kan sebab maybe tak ramai orang naik sebab hari isnin? ini pengajaran, lain kali beli tiket dulu. Nak naik keretapi, takut lambat sampai. Kejadian semalam mengajar ok.



Bila tanya kaunter bas, next trip jam 4. ouh tidak! sebabnya flight malam jam 9. takut ada aral melintang terkandas dimana-mana kang terlepas flight. So, kami diberi 2 alternative oleh orang setempat;
  1. naik teksi yang ala-ala MPV tu. chartered per person rm30. tapi kena tunggu penuh, ada 7 orang baru jalan.
  2. naik bas mini ke Kuningan sebab kat sana ada banyak pilihan bas.
lastly, kami pilih option 1. tunggu orang penuh lama gak la dalam sejam camtu. tu pun tak cukup, 6 orang ja naik. nasib baik driver nak jalan, kalau tak tah jam berapa nak tunggu tah. kami tak pilih pilihan 2 dua sebab nanti pi mai pi mai rugi masa pulak. tah tah kat sana pun tiket bas sold out.

<ini barang-barang yang nak dibawa ke KK. and aku wonder kat KK tak ada jual telur kah hingga terpaksa bersusah payah angkut dari tenom nih?>
Trip perjalanan biasa saja. Yang baru cuma, merentas banjaran Crocker, best dan tak banyak kereta. Kami arrived dengan selamat di KK nearly jam 4 pm. 


Sempat juga la tengok anak buaya dalam  sangkar bila si driver berhenti di hentian sebelah kan. tah macam mana diorang boleh bawak anak buaya ni kurung dalam sangkar di banjaran Crocker. sian dia. penemannya cuma sekor kura-kura ja.


Alhamdulillah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved