ads

Isnin, 23 April 2012

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


LEBIH 10 KES PEMBAKARAN TERBUKA <b>DI TENOM</b>

Posted: 09 Mar 2010 05:45 AM PST

Share

 

TERBAKAR… Kawasan belukar berhampiran loji baru penapis air Senagang terbakar.

Oleh: MAIL MATHEW

MESKIPUN beberapa peringatan telah dilakukan pihak kerajaan sama ada menerusi media cetak mahupun elektronik supaya tidak melakukan pembakaran terbuka ketika musim kering (kemarau) namun sikap manusia yang rakus terus juga melakukannya ikut sesuka hatinya tanpa menghiraukan peringatan tersebut.

Penolong Ketua Balai Bomba Tenom, Jaafar Salleh menyatakan demikian ketika dihubungi berhubung beberapa kejadian kebakaran di beberapa kawasan dan daerah kecil Kemabong sejak beberapa hari lalu.

Daerah Tenom dan Kemabong mencecah kira-kira lebih 10 kejadian setakat ini yang merupakan jumlah yang paling tinggi berbanding di tahun-tahun lepas di mana semua jenis kebakaran melibatkan kawasan lalang dan belukar yang tidak ketahui puncanya.

Menurut Jaafar, terdapat beberapa kawasan seperti di bukit Senagang, Ponontomon dan belakang Pejabat daerah kecil lama Kemabong menyukar mereka mendapat punca air menyebabkan kawasan terbakar hampir hampir tidak dapat dibendung dari melarat ke kawasan lain.

Bagaimanapun katanya, semuanya dapat ditangani oleh mereka dengan baik tetapi terpaksa memakan masa yang agak panjang namun kebakaran itu tidak melibatkan kemusnahan harta benda seperti bangunan atau tanaman pertanian.

"Kita mengharapkan agar sama sama bertanggung jawab untuk mengelakkan terjadinya kebakaran terbuka kerana ketika ini semua orang tahu kita berhadapan dengan musim kemarau. (Jadi) kita semua kena ikut pantang larang di musim ini," tegasnya.

"Jangan mengharap sangat semua kejadian kebakaran dapat ditangani pihak Bomba dalam sekelip mata, sedangkan kawasan kejadian berjauhan yang memakan masa lama untuk sampai," tambah beliau lagi.

Dalam pada itu, Jaafar mengingatkan bahawa kegiatan melakukan pembakaran terbuka adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pembakaran Terbuka Jabatan Alam Sekitar yang sedang berkuatkuasa ketika ini.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved