10 di ranau - Google Blog Search |
Malaysia Zoom » Keselamatan <b>di Ranau</b>, Kundasang ditingkatkan Posted: 11 Apr 2012 04:03 PM PDT KOTA KINABALU 11 April – Aspek keselamatan premis penginapan di daerah Ranau dan Kundasang yang terletak di kawasan tanah tinggi sedang dipertingkat dari semasa ke semasa. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun (gambar) berkata, pada masa ini kerajaan negeri memutuskan hanya meluluskan pembaharuan lesen kepada premis menepati standard keselamatan ditetapkan. "Sebenarnya kebanyakan pengusaha memulakan perniagaan sebelum kawasan ini dimasukkan dalam kawasan perkadaran, jadi kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana beroperasi tanpa lesen yang sempurna. "Bagaimanapun pada masa ini kita membuat keputusan tidak akan memperbaharui lesen mereka yang gagal memenuhi piawaian ditetapkan," katanya di sini semalam. Menurut Masidi kerajaan negeri sentiasa memandang serius tahap keselamatan premis penginapan di negeri ini yang sentiasa dikunjungi pelancong dalam dan luar negara. Dipetik dari Utusan Malaysia |
You are subscribed to email updates from di ranau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan