10 di penampang - Google Blog Search |
Terminal Sejahtera Pertama Di Sabah Diwujudkan <b>Di Penampang</b> <b>...</b> Posted: 15 Apr 2012 11:54 PM PDT KOTA KINABALU — Penampang menjadi bandar pertama di Sabah yang menerima manfaat daripada Program Terminal Sejahtera, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Raja Zainal Abidin. Katanya Terminal Sejahtera Penampang kini dalam fasa akhir pembangunan dan akan mula beroperasi tidak lama lagi. "Harapan saya ialah agar terminal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya oleh anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah dan miskin, terutama anak-anak yang akan menduduki peperiksaan penting," katanya pada Program Ziarah Kesejahteraan Bandar di Penampang dekat sini Isnin. Beliau berkata pembangunan terminal itu dibiayai melalui peruntukan RM890,000 yang disalurkan oleh kementeriannya kepada Majlis Daerah Penampang tahun lepas. Selain Penampang, katanya enam terminal dibangunkan di sekitar Kuala Lumpur, manakala 10 lagi di bandar lain. Short URL: http://www.suaragenerasibaru.com/?p=12457 |
sabahkini.net: <b>PENAMPANG</b> NIKMATI LIMPAHAN PEMBANGUNAN <b>...</b> Posted: 15 Apr 2012 06:23 PM PDT Oleh : SITI ZUBAIDAH ABDULLAH "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" menurut anak tempatan Penampang berusia 38 tahun, Reginald Kevin Langsing. Berbekalkan pengalaman selama empat tahun di beberapa syarikat grafik dan percetakan, ahli perniagaan Kadazan-Dusun ini mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang itu selepas mendapat bantuan kerajaan di bawah program keusahawanan bagi perniagaan Industri Kecil Dan Sederhana (SME). Anak sulung daripada enam adik-beradik, Kevin berkata beliau berani untuk menceburi bidang perniagaan grafik selepas kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) memperkenal pelbagai program untuk membantu usahawan muda. "Saya menceburi bidang grafik kerana minat mendalam sejak dulu. Saya pernah menimba pengalaman di beberapa syarikat selama empat tahun sebelum membuka syarikat sendiri," kata Kevin yang berasal dari Kampung Inobong, Penampang kepada Bernama. Beliau berkata Penampang kini banyak berubah kesan daripada pelbagai program pembangunan kerajaan negeri BN dan beberapa projek Petronas. Bantuan Kerajaan, Transformasi Kevin berkata beliau gembira dengan pemberian RM100 kepada anaknya di sekolah rendah. "Wang itu merupakan bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kerajaan kepada semua pelajar. Ini menunjukkan kerajaan amat prihatin terhadap nasib rakyat tanpa mengira kaum dan pendapatan," kata Kevin yang menasihatkan anaknya supaya menyimpan wang itu di dalam Bank Simpanan Nasional (BSN). "Emak mentua saya pun yang terlantar sakit di Papar, turut menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500, walaupun tidak memohon," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan Kevin sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat yang mengotakan janji. "Bila Najib kata rakyat didahulukan, beliau benar-benar menunjukkkan yang rakyat harus didahulukan," katanya merujuk kepada program yang boleh meringankan beban rakyat seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP). Kevin berkata tahap keselamatan di Penampang dan kawasan sekitarnya juga bertambah baik melalui usaha mengurangkan kadar jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kerajaan. "Anggota polis dan RELA sentiasa ada mengawasi dan meronda siang dan malam...jadi pekerja-pekerja saya tidak takut bertugas pada bila-bila masa," katanya. Katanya penduduk Penampang dilihat lebih bersemangat sejak Najib menjadi perdana menteri dan amat berpuashati dengan pelbagai program bantuan kerajaan. Kerancakan Ekonomi Pandangan Kevin turut disokong pesara kerajaan Paul Soon, 54, dari Kampung Hungap, Penampang. Beliau berkata pembangunan pesat berlaku di kebanyakan kawasan di Penampang. "Contohnya di tempat saya, di Kampung Hungab, yang mempunyai penduduk paling ramai di daerah Penampang, sejak lima tahun lepas banyak (pembangunan) terutama infrastruktur dijalankan," kata Paul yang menetap selama lebih 20 tahun di Penampang. Harin Chei An, 63, dari Kampung Terawi berhampiran Kepayan, turut menyambut baik semua langkah kerajaan menyediakan kemudahan asas, seperti jalan raya, elektrik dan air, di kawasan itu. "Kepayan sudah jauh maju. Kalau dibandingkan dahulu, hanya ada rumah-rumah kampung sahaja, tetapi sekarang sudah banyak bangunan tinggi, kedai-kedai dan kawasan perumahan," katanya Beliau berkata Najib ialah pemimpin mesra rakyat kerana itu beliau sentiasa berusaha untuk memuaskan semua lapisan masyarakat, termasuk warga emas dan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman Sabah, dengan menyediakan pelbagai bantuan dan infrastruktur. "Pendekatan seumpama ini yang diperlukan rakyat," katanya. Program Baik Pulih Rumah Christina Saraja, 82, cukup terharu kerana masih ada pihak yang sudi membaik pulih rumah usang yang didiami bersama mendiang suaminya sejak mendirikan rumah tangga kira-kira 60 tahun dahulu. "Saya berasa terharu dengan keprihatinan kerajaan untuk membaik pulih rumah saya yang telah usang ini...tiada apa dapat saya luahkan kecuali ucapan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kerana sudi menghulur bantuan kepada saya," katanya. "Kerajaan amat mengambil berat ke atas penduduk seperti saya," kata Christina dari Kampung Putaton, Penampang. Ibu kepada dua anak itu, antara 34 keluarga yang menerima bantuan melalui program Baik Pulih Rumah Rakyat Miskin anjuran Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd, Yayasan Salam Malaysia dan pemimpin BN di Penampang. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Margaret Leng Tsudai, 82, dari Kampung Inobong turut terharu dengan bantuan BR1M daripada kerajaan BN. "Saya dapat BR1M itu...saya boleh buat belanja sendiri...saya beli beras dan makanan harian lain," katanya yang mempunyai 12 anak. Margaret juga menerima bantuan RM300 sebulan daripada kerajaan negeri BN. Seorang lagi ibu tunggal, Josephine Matthew, 64, dari Kampung Monsipiad berkata kehidupannya kini bertambah baik berbanding beberapa tahun lalu. "Sejak kematian suami empat tahun lepas, saya berniaga sayur-sayuran untuk mendapat belanja sendiri...walaupun pendapatan tidak seberapa tapi saya boleh lagi menampung kehidupan tanpa susahkan anak-anak," katanya. Transformasi Pembangunan Penampang Menurut laman web DPinfo atau 'Daerah Penampang Information', kawasan Parlimen P.174 Penampang mempunyai keluasan 411.47 km persegi dan mempunyai lebih daripada 130,000 penduduk. Kadar pertumbuhan purata tahunannya sebanyak 4-5 peratus. Penampang merupakan daerah paling terkenal di negeri Sabah berikutan daerah itu terletak di Residensi Pantai Barat dan hanya 11km dari Kota Kinabalu. Tan Sri Bernard Dompok yang juga Presiden Pertubuhan Bersatu Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko), menang kerusi Parlimen Penampang pada pilihan raya umum 2008. Pada satu majlis di Penampang, Dompok berkata BN bertanggungjawab merubah Penampang di bawah pelbagai program transformasi kerajaan dan transformasi ekonomi. |
You are subscribed to email updates from di penampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan