ads

Jumaat, 6 April 2012

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


the facts of life: tamu <b>papar</b>

Posted: 12 Mar 2012 09:38 PM PDT

sabah memang terkenal dengan tamunya. antara tamu yang popular tamu di jalan gaya kk tapi tempat aku jalan ni bukan di gaya street tapi ini tamu di papar. aku suka di sini sebab boleh beli kuih2 kering. harga kira mahal juga la tapi berbaloi sebab semua sedap2 dan produk pun hasil orang tempatan.

sayur2 dan buah pun murah agak murah di sini. selain terkenal dengan kuih2 keringnya papar juga terkenal dengan belacannya. bagi aku belacan sama je tapi ramai pula kata belacan papar ni sedap dan antara yang terbaik di sabah. no komen la sebab aku bukan pengemar belacan hehehe. tapi apa yang aku tahu belacan biasa dibuat dari udang, kan. belacan papar pula dibuat dari udang halus. kalau kat tempat aku dipanggil berubuk. tak pastilah nama lainnya.

antara kuih kering yang paling popular di sini ialah kuih cincin. semua gerai pun ada jual kuih ini. ada pek kecil, pek besar pun ada juga. pilih je mana2 yang kita suka. kalau beli banyak biasa peniaga bagi lagi 1 atau 2 pek free.


ini juga antara kuih yang banyak dijual di sini. kuih gelang atau donut urang putih bilang...hehehe. tapi aku tak berapa suka makan kuih gelang sebab jemu. tapi aku suka makan kuih keria. kuih keria di gerai ni memang sedap...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved