ads

Ahad, 22 April 2012

10 di nabawan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di nabawan - Google Blog Search


sabahkini.net: PERPUSTAKAAN <b>NABAWAN</b> PINTU KE MASA DEPAN

Posted: 18 Apr 2012 05:40 PM PDT


RASMI....Azizah menandatangani papan tanda perpustakaan sebagai rasminya cawangan Pderpustakaan Nabawan sambil disaksikan Bobbey dan Ranchon.

Oleh : YAYASAN DALIMPOS

PENDUDUK di daerah Nabawan kini boleh mengunjungi pusat ilmu utama apabila sebuah cawangan Perpustakaan Negeri Sabah beroperasi sepenuhnya berikutan perasmian bangunan baru yang boleh memuatkan ratusan orang dalam sekali masa.

Penduduk juga boleh membawa anak-anak dan keluarga untuk berkunjung ke Perpustakaan untuk bersama-sama menimba ilmu pengetahuan melalui membaca bahan-bahan buku yang disediakan oleh perpustakaan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal-Ehwal Pengguna Datuk Hjh Azizah Binti Datuk Hj.Mohd Dun.

Azizah turut mengingatkan rakyat supaya sentiasa menggalakkan anak-anak untuk membaca kerana dengan membaca mereka akan mendapat ilmu pengetahuan, apatah lagi di perpustakaan banyak sumber bahan bacaan yang boleh memberikan ilmu kepada mereka, katanya.

"Di perpustakaan banyak bahan bacaan yang boleh memberikan ilmu kepada anak-anak, oleh itu ibubapa seharusnya menjadi tauladan dalam membentuk minda mereka agar sikap suka membaca tersemai dalam onak kehidupan mereka untuk mencapai kejayaan kelak".

Walaupun cawangan perpustakaan ini agak jauh terpencil di pedalaman namun ia mendapat sambutan sejak sekian lama iaitu kira-kira 30 tahun lalu dan berjaya melakar sejarah sebagai Perpustakaan terbaik kumpulan kecil pada tahun 1996, 1999 dan 2001, katanya.

Beliau juga mengajak penduduk agar mendaftar sebagai ahli kerana tiada sebarang yuran dikenakan kepada mereka, malah mereka boleh beriadah, berjumpa kawan-kawan dan berbincang, menerokai bidang keilmuan dan berdiskusi.

Kira-kira 500 orang menghadiri majlis perasmian tersebut yang diadakan di perkarangan bangunan baru cawangan perpustakaan, terdiri daripada ibubapa, pelajar dan kakitangan kerajaan serta orang awam menyaksikan perasmian perpustakaan tersebut.

Turut hadir ialah Adun Nabawan Bobbey A Suan, Timbalan Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah Maria Sinti; Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran Ranchong Amin dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Jubilin Kilan.

Azizah turut menjelaskan transformasi kerajaan adalah menentukan perubahan dan keberhasilan dengan cepat melalui penetapan dan penyampaian sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA).

Seterusnya ialah melebar dan mendalami kehidupan rakyat untuk lebih baik dan mempunyai ekonomi yang baik sejajar matlamat model baru ekonomi (MBE) dalam menghasilkan sektor-sektor yang mempunyai nilai tambah yang lebih tinggi.

Tambahnya lagi, setiap rakyat Malaysia mempunyai jatidiri dan semangat cintakan negara, oleh itu dalam mencapai matlamat Wawasan 2020, masyarakat khususnya generasi muda seharusnya mempunyai ilmu yang tinggi agar zaman teknologi dapat ditelusuri.

"Kunjungilah perpustakaan kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi," katanya, di samping terdapat perkhidmatan yang dibuka pada masa cuti malah sampai ke waktu malam turut disediakan perkhidmatan seperti library @ Suria, playsmart petrosains, program perkhidmatan perpustakaan bergerak dan di perpustakaan boleh mengakses internet ke luar negara.

Selain daerah Nabawan, terdapat bangunan baru Perpustakaan Negeri Sabah sedang giat dibina iaitu di Matunggong, Kota Belud, Kuala Penyu dan Tambunan, jelasnya.

Dalam pada itu, Adun Nabawan Bobbey A Suan, turut berucap katanya, kini rakyat Nabawan bangga kerana mempunyai sebuah gedung Perpustakaan yang membolehkan masyarakat menimba ilmu.

"Rakyat boleh menimba ilmu di Perpustakaan yang baru siap beroperasi, oleh itu tercapailah sudah impian kita untuk mendapatkan bangunan dan perkhidmatan Perpustakaan di daerah ini," katanya.

UJI....Azizah (duduk tengah), Bobbey (kanan), Maria (2 kiri) dan Ranchong (3 kiri) sedang menguji minda pelajar membaca buku di perpustakaan.

Beliau menyeru kepada rakyat agar menjaga Perpustakaan, menjadikan ia sebagai gedung ilmu, tempat beriadah, berdiskusi dan berbincang tentang pelajaran malah berpeluang melayari internet untuk mendapatkan pengetahuan secara meluas.

Nabawan yang mengimpikan sebuah gedung ilmu (perpustakaan) kini boleh bangga kerana ia telah dilaksanakan meskipun 30 tahun lebih telah lama ditunggu perlaksanaan pembinaan Perpustakaan.

Justeru itu, Bobbey yang juga Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dalam membangunkan penduduk luar bandar melalui pembangunan infrastruktur tersebut.

"Masih banyak lagi bantuan kerajaan yang di bawa oleh Barisan Nasional, oleh itu rakyat perlu bersabar dan menunggu masanya kerana kerajaan komited membangunkan rakyat dan bukannya mempunyai mesej yang kurang baik, kita ikhlas membantu," jelas beliau.

Sempena perasmian bangunan cawangan perpustakaan tersebut Azizah dan Bobbey turut melawat pameran oleh jabatan Perpustakaan, pameran lukisan Inauk dan permainan menyusun huruf oleh kanak-kanak tabika Kemas di balai perpustakaan tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved