10 di kota kinabalu - Google Blog Search |
Malaysians Must Know the TRUTH: Exciting to be 'Datin Pia <b>...</b> Posted: 09 Apr 2012 06:00 AM PDT Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET BETAPA istimewanya menjadi 'isteri angkat @ gundik' ADUN BN kerana sekalipun mempunyai saman tertunggak sejumlah RM460 sejak 2004, namun Pia Binti Dahlan, yang mendakwa dirinya anak saudara Tuan Yang DiPertua Negeri Sabah; bebas daripada Ops Warta yang dilancarkan bagi memburu pesalah trafik yang gagal membayar kompoun. Mengikut semakan Paparazzi daripada rekod Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK), Pia melakukan enam kesalahan lalu lintas termasuk tidak memiliki lesen memandu; tiga daripadanya dilakukan di Lahad Datu antara 2004 hingga 2009, manakala tiga lagi kesalahan dilakukan di Kota Kinabalu di antara 2009 hingga 2011. Daripada data RILEK, Paparazzi mendapati Pia telah memiliki dan memandu empat buah kereta, tiga daripadanya iaitu SS5551A, SAA5521H dan SAB599A didaftarkan atas nama Pia, manakala sebuah lagi SA5845X atas nama seorang bekas pemain bola sepak Sabah, Karti Tukimin. Kesemua kompoun terkumpul yang belum dijelaskan Pia ialah RM460 tetapi PDRM tidak mengeluarkan waran tangkap sebagaimana dilakukan kepada pesalah trafik biasa. Hanya Ketua Polis Trafik Bandaraya Kota Kinabalu tahu kenapa Pia tidak diburu seperti pesalah trafik lain? - Sabahkini |
BEKAS GURU SEKOLAH <b>DI KOTA KINABALU</b> DIJATUHI <b>...</b> Posted: 04 Apr 2012 07:15 PM PDT Dapatkan info terkini dengan klik link iniKOTA KINABALU: "Sepatutnya tugas kamu sebagai guru ialah mendidik, tetapi apa yang kamu lakukan ini menjejaskan profesion perguruan," kata Hakim Duncan Sikidol sebelum menjatuhkan hukuman 36 tahun penjara dan empat sebatan ke atas bekas guru, Adrian Simon, 31, yang didapati bersalah merogol seorang murid warga Singapura. Adrian didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, terhadap dua tuduhan merogol murid berusia 11 tahun itu di sekolah berkenaan pada Februari dan Mac lalu. Bagi tuduhan pertama, guru Matematik dan Sains itu dihukum penjara 18 tahun dan dua sebatan kerana merogol murid berkenaan di stor makmal sekolah antara jam 2.10 hingga 3.30 petang pada Februari lalu. Bagi tuduhan kedua, Adrian dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di makmal jam 10.25 pagi pada 26 Mac lalu dan dikenakan hukuman penjara 18 tahun serta dua sebatan. Adrian dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Luke Ressa Balang manakala tertuduh diwakili Hairul Othman dan PJ Perira bertindak sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa. Terdahulu, Hairul memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan terhadap anak guamnya berdasarkan kerjasama diberikan kepada polis selain tiada rekod kesalahan lampau. Bagaimanapun, permohonan itu dibantah Luke dengan alasan tertuduh tidak seharusnya melakukan jenayah yang menjatuhkan kredibiliti perguruan. "Sebagai guru, tertuduh bertanggungjawab mendidik murid, bukannya melakukan kesalahan jenayah. Kita harus memikirkan tekanan dihadapi mangsa dan keluarga," katanya. Ketika penghakimannya, Duncan mengakui walaupun kekurangan bukti daripada aspek perubatan, keterangan mangsa meyakinkan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman. "Selepas menimbangkan semua bahan bukti, saya mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan tertuduh didapati bersalah. "Mahkamah bersetuju dengan pihak pendakwaan, ibu bapa sudah memberi kepercayaan kepada tertuduh menjaga muridnya, tetapi kepercayaan itu disalahguna dengan mengambil kesempatan terhadap mangsa," katanya. Sepanjang perbicaraan selama tiga hari bermula 6 September lalu, pihak pendakwaan mengemukakan sembilan saksi, termasuk guru dan murid sekelas mangsa manakala pihak pembelaan mengemukakan empat saksi. Mahkamah mengarahkan hukuman berjalan serentak menyebabkan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman 18 tahun, tetapi membenarkan tarikh hukuman ditangguhkan sementara Adrian memohon rayuan di Mahkamah Tinggi. Incoming search terms: |
You are subscribed to email updates from di kota kinabalu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan