ads

Khamis, 12 April 2012

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


sabahkini.net: SAMUN LORI PETRONAS <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 20 Mar 2012 06:41 PM PDT


POLIS berjaya menumpaskan kes samun membabitkan sebuah lori treler Petronas yang membawa tong gas di Kampung Bundu Tuhan di Jalan Ranau berdekatan daerah Kota Belud, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, DSP Mohan Nadasen berkata dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, empat orang suspek yang menaiki kereta jenis Toyota Vios dikatakan menahan pemandu lori yang sedang berhenti di tepi jalan untuk berehat.

Katanya, tiga suspek yang bersenjatakan parang itu kemudian menahan pemandu lori berkenaan dan mengarahkan pemandu lori memandu kenderaan itu ke arah Kota Belud.

"Maklumat kejadian ini diterima pihak polis di sini melalui pemantauan alat GPS (Sistem Penentududukan Global) agen syarikat tersebut. Tindakan pantas pihak polis Kota Belud berjaya menahan lori berkenaan di tepi jalan Kota Kinabalu-Kota Belud berhampiran SMK Pekan II, Kota Belud.

"Tiga orang suspek melarikan diri ke kawasan hutan berhampiran manakala seorang lagi rakan suspek yang menaiki kereta Vios melarikan diri ke arah Kota Kinabalu," katanya kepada pemberita Selasa.(Bernama)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved