ads

Khamis, 26 April 2012

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


Angin Kencang, Ribut Petir Dan Hujan Lebat <b>Di Keningau</b> <b>...</b>

Posted: 22 Apr 2012 05:12 AM PDT

KENINGAU: Angin kencang yang diikuti ribut petir dan hujan lebat pada lewat petang Jumaat, telah menyebabkan berlaku beberapa insiden atap rumah diterbangkan, kemalangan jalan raya dan terputus bekalan elektrik.

Kejadian yang berlaku jam 4.30 petang itu menyebabkan atap sebuah rumah milik Charles Ensin di Kampung Limbawan, di sini telah roboh di bahagian depan akibat diterbangkan angin kencang.

"Dua kereta yang diletakkan di bawah rumah itu turut mengalami kerosakan kecil akibat dihempap atap yang roboh itu," kata abang Charles, Razali Johnton Ensin, yang tinggal berhadapan rumah itu ketika menghubungi Utusan Borneo di sini.

Menurut beliau, hanya terdapat kerosakan kecil sahaja pada kedua-dua kenderaan itu dan tidak ada kecederaan atau kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian itu.

Johnton berkata antara mereka yang melawat tempat kejadian ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat Liawan, Rosdi Padiman serta beberapa pemimpin Umno Bahagian Keningau.

Beliau menyifatkan kejadian angin kencang disertai ribut petir dan hujan lebat itu amat menakutkan kepada penduduk di kampung itu yang masih teringat tragedi taufan Greg yang berlaku pada 1996.

Katanya, dalam keadaan ketakutan, penduduk bersiap berpindah sekiranya banjir besar berlaku di Sungai Pampang. Bagaimanapun, tiada banjir berlaku walaupun hujan begitu lebat.

Sementera itu, polis mengesahkan berlaku satu kemalangan jalan raya apabila sebuah kereta Toyota Hilux Double Cab terbabas sendiri di Kampung Bariawa Ulu, Jalan Keningau-Kiamnis, berikutan angin kencang dan hujan lebat itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Zahari Mohamed, berkata kenderaan itu terbabas sendiri di sebelah kiri jalan, lalu terbalik.

Katanya, pemandu kenderaan itu, seorang lelaki berusia 45 tahun, dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Keningau dan tidak mengalami kecederaan.

"Punca kemalangan adalah disebabkan brek tidak berfungsi," katanya.

Dalam pada itu, bekalan elektrik termasuk perhubungan telefon turut tergendala di seluruh daerah ini selama beberapa jam dan hanya pulih seperti biasa jam 7.00 malam kelmarin.

Read more: http://www.theborneopost.com/2012/04/22/angin-kencang-ribut-petir-dan-hujan-lebat-di-keningau/#ixzz1slpw5JAT

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved