ads

Sabtu, 31 Mac 2012

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Ashgive.com: Jalan Jalan Dan Melantak <b>Di Tawau</b> Sabah

Posted: 17 Mar 2012 09:15 AM PDT

Hari Khamis dan Jumaat baru baru ni aku dan cousins dan nak buah aku pegi jenjalan kat Semporna dan Tawau.. bukannya tak biasa ataupun first time pegi, cuma selalunya pagi atas urusan lain dan bukan untuk berjalan jalan.. kali ni memang bercuti cuti la, cari tempat makan yang besat dan duduk hotel bagai.. kah kah kah kalau difikir takyah duduk hotel pun boleh sebab rumah keluarga pakcik makcik ramai kat Tawau..

Masa otw sempat la berBBM dengan kawan tanya tempat makan yang best kat Tawau..  kawan aku yang bernama Ija tu bagi info tang pisang goreng cheese, sanggar peppek tawau, cendol sus, sup tulang tawau, nasi lalap, bakso dan gado gado yang paling syok di dunia katanya haha..

Banyak sangat, sah sah la aku tak dapat nak pegi semua.. dengar cousin cerita lagi pasal ikan bakar dan makanan laut dia yang ohsem kat sana.. emmm.. kahwin orang tawau gak la baru sempat nak merasa semuanya..

Petang baru sampai kat Bandar Tawau selepas daripada Semporna.. pastu check-in kat Kingston Hotel then dapat la minum minum petang di restoran Mengo Sago Indocafe kat Bandar Fajar.. dekat aje daripada hotel tempat kitaorang menginap.. restoran ni famous dengan pisang goreng cheese atau orang sabah bilang (orang sabah cakap) sanggar cheese dan mango sago dia.. tak jumpa kat mana mana kot, hanya di tawau... Rasa dia memang awesome, patutla ramai gila orang kat sini.. pisang goreng yang ditabur dengan cheese dan  serbuk manis ntah ape nama dia.. mango sago dia sedap, ice blended perisa mango dan dicampur dengan mango dipotong dadu dan pearl sago.. nak rasa datang la sini bercuti cuti tawau..

Cuma satu je problem dia.. restoran dia kecik sangat la, sempit pulak tu.. rasanya dia kena besarkan lagi.. barula orang boleh lepak lama lama sikit.. tapi tang rasa dan kesedapan.. bagus bah..

Malam pulak kitaorang merayau rayau sekitar bandar.. tapi petang tu sempat lagi pegi Pasar Gantung Tawau depan Survey dan Prakwell.. pegi cari ole ole untuk di bawa pulang.. Antara suasana Bandar Tawau pada waktu malam.. ronda ronda dulu bah, datang bukannya nak lepak kat hotel.. kan nak melancong, so buat la cara melocong.. no point kalau pegi jenjalan tapi habiskan masa kat hotel hehe.. 

Pusing pusing kat tepi laut sambil mencari tempat makan yang best kat situ.. orang cakap kat tepi Highway Tawau tu terdapat satu kawasan makan yang famous..

Oh ya, utuk pengetahun korang kebanyakan makanan di tawau ni banyak di pengaruhi oleh makanan dari pada negara jiran iaitu Indonesia.. terutamanya makanan daripada masyarakat suku kaum bugis..

Ini la dia nasi lalap yang selalu disebut sebut tu, agak pelik gambar dia disebabkan lighting.. size postion dia agak besar, satu hidangan dengan dua ketul ayam goreng atau ikan dan sayuran seperti kobis dan kacang.. sambal dia sedap sebab dicampur sedikit dengan daun basil..

Sebenarnya kalau korang pernah makan ayam penyet lebih kurang macam tu la.. cuma beza pada ayam yang di penyet dan sambal dia.. kazen aku cakap kat Sarawak pun ada gak  macam ni tapi nama dia lain, lebih kurang macam sebutan lalap jugak la.. lupa dah aku, gagap mengkali haha..

Ini adalah Pasar Besar Tawau syurga membeli belah pelbagai jenis keropok/ kerepek, ikan kering, udang kering, bilis kering, sotong kering dan macam macam yang kering.. spenda kering pun ada ya hehe.. ada jual baju kat tingkat atas..

Kebanyakan orang yang melancong ke pantai timur sebelum balik ke KL diorang akan pegi ke pasar besar tawau ni dulu, beli ole ole, keropok amplang, kue cincin atau segala macam jenis kering kering yang aku sebut kat atas tu..  so, korang yang datang tawau jangan lupa singgah sini ok, serius rugi tak pegi..

Permandangan daripada tepi highway tawau pada waktu siang.. banyak kapal kapal nelayan.. Otw balik singgah kejap kat Giant Tawau.. LD takde Giant ok, tengah dalam pembinaan, ntah bila nak siap.. singgah sini shopping shopping kejap, beli makanan sebab nak singgah lagi berkela kat Air Terjun Madai.. wah kemain lagi hahaha..  

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved