10 di sipitang - Google Blog Search |
Najib bakal rasmikan acara pecah tanah <b>di Sipitang</b> | Berita Harian Posted: 12 Feb 2012 09:50 PM PST Najib bakal rasmikan acara pecah tanah di Sipitang13/02/2012 6:16pm KOTA KINABALU 13 Feb. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan acara pecah tanah bagi projek kilang baja urea ammonia Sabah (SAMUR) yang bernilai US$1.5 bilion (RM4.6 bilion) di Sipitang Khamis ini. Projek besar itu dimiliki oleh Petronas Chemicals Group Bhd. Pengurus besar pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Joseph Podtung berkata kehadiran SAMUR bertaraf dunia di Sipitang akan mewujudkan kesan positif ke atas industri kimia dan berkaitannya, termasuk pertanian, hotel dan katering, penyenggaraan kilang dan pengangkutan. "Ia juga akan menyediakan syarikat dan para usahawan prospek perniagaan yang meluas dan menjana pekerjaan untuk tempatan, sekali gus menyemarakkan pertumbuhan ekonomi, terutamanya untuk komuniti tempatan di Sipitang," kata beliau pada satu majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh Petronas Chemicals Group. — BERNAMA Follow this link: Najib bakal rasmikan acara pecah tanah di Sipitang Kata Kunci:Artikel Berkaitan:
|
sabahkini.net: <b>SIPITANG</b> MENANTI KUNJUNGAN NAJIB ESOK Posted: 14 Feb 2012 09:56 AM PST PERSEDIAAN kini rancak dijalankan bagi menyambut kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan melaksanakan majlis pecah tanah bagi projek Urea Ammonia Sabah (SAMUR) bernilai RM4.5 bilion di Sipitang, esok. Petronas akan membina sebuah kompleks baja bertaraf dunia di Banting melalui anak syarikat milik penuh, Petronas Chemicals Group. Projek besar berkenaan dijangka siap dalam tempoh dua tahun. Penduduk Sipitang bakal menikmati pelbagai kesan limpahan ekonomi daripada projek tersebut. Persediaan kini dibuat untuk menyediakan kemudahan kepada VIP, tetamu, pelawat dan kru media yang bertumpu di Sipitang. Restoran pula bersedia untuk menerima perniagaan yang menggalakkan dengan orang luar bertumpu ke Sipitang bagi menyaksikan acara penting dalam sejarah pembangunan Sabah. Kilang urea ammonia mega itu yang dijangka mula beroperasi pada 2015, akan merangsang aktiviti ekonomi yang luas dan industri hiliran dalam dan di sekitar bandar itu. Dengan majoriti penduduknya masih terlibat dalam pertanian tradisional dan perikanan, penduduk Sipitang seramai kira-kira 35,000 itu dijangka meraih manfaat sebagaimana yang dinikmati rakyat Terengganu sekarang ini. Kompleks petrokimia Petronas di Kerteh telah mengubah Kemaman kepada sebuah bandar yang rancak dengan lebih banyak hotel, restoran, perbandaran baru, sekolah, hospital, klinik dan tempat-tempat pelancongan. Di samping mewujudkan peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, SAMUR akan mewujudkan peluang bagi rakyat Sabah untuk meneroka ke dalam perniagaan berkaitan ammonia seperti melamin dan perekat. SAMUR akan menghasilkan 1.2 juta tan urea butir setahun, dengan itu menjadikan Sabah sebagai salah satu pengeluar baja terbesar di rantau ini. (BERNAMA) |
You are subscribed to email updates from di sipitang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan