10 di ranau - Google Blog Search |
The Glamorous MrJocko: Bermain Dengan Ikan Kelah <b>di Ranau</b> Posted: 20 Mar 2012 08:30 PM PDT Ni sebenarnya cerita lama, tapi pasal belum ada cerita, aku share balik la yer... :) Kalau korang berpeluang ke Kundasang atau Ranau, Sabah, aku suggest korang cari Tagal Ikan Kelah di perkampunga Sungai Moroli, Kampung Luanti di Ranau. Kat sini terkenal dengan penternakan ikan kelah yang besar-besar dan jinak. Bukan beratus, tetapi ada hampir beribu-ribu ikan kelah yang di pelihara di Sungai Moroli ini dengan tujuan pelancongan. Kat sini korang boleh jumpa aktiviti TAGAL. Apa itu tagal ??? Tagal ini bermaksud proses pemulihan sungai-sungai secara semula jadi dan penjagaan yang terbaik untuk mengekalkan keaslian sungai tersebut bagi habitat seperti ikan-ikan dan hidupan air yang lain. Kat sini, Tagal Sungai Moroli, Kampun Luanti fokus kepada pemeliharaan sungai dan penternakan secara semula jadi iakan kelah bagi tujuan pelancongan. Kat sini korang boleh melihat beribu-ribu ikan kelah, lampam dan sejenisnya bermain main dengan jinak di dalam Sungai Moroli. Korang berpeluang untuk bermain dengan Ikan Kelah yang dipelihara secara semula jadi ini dan meletakkan kaki untuk sessi Fish Spa dengan ikan-ikan di sini. Memang menyeronokkan. Pengalaman yang luar biasa. Bagi yang lebih ekstrem, boleh mandi manda bersama ikan kelah ini selama 30 minit dan berpeluang memberi makan dan bermain-main dengan spesis ikan sungai tersebut. |
You are subscribed to email updates from di ranau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan