Nah!! Ni la dia updates dari krew kewangan yang pergi
kembara a.k.a outstation. Perjalanan kenalah bagi nama
kembara sebab bukannya dekat tempat-tempat yang
dituju. Beratus kilometer.Lagi pun kami berjumpa
dengan rakyat ya, bukannya melancong ^^.Tapi
bila masa ba pula krew kewangan ada outstation
ni padahal kerja hakiki hanya buat baucar dan report
ja di opis. Tu la dia, kalau dah arahan dikeluarkan,
mahu tidak mahu kena la turut serta. Jadi krew
kewangan yang dipilih untuk berjumpa dengan
rakyat iaitu Lynn dan Moja. Chehh!! Macam la YB
mahu jumpa rakyat. Haha, tapi macam itu lah nampak
gayanya. Yala dah namanya outstation (Undian Projek
PIA/PIAS) jadi tugas utama adalah menjadi urusetia
bagi mengendalikan undian. Jadi, sudah tentulah dorang
ni berjumpa dengan penduduk a.k.a rakyat.
Untuk undian kali ini diadakan di Daerah Nabawan,
Kuala Penyu dan Paitan. Semua proses undian diadakan
di dewan masyarakat di daerah seperti yang disebutkan.
Tarikh perjalanan pula iaitu dari 7 -10 Mac 2012.
Sebelum ini juga, krew kewangan yang lain iaitu Azura
dan Anizah sempat mengikuti dan mengendalikan undian
di Daerah Sook.
Inilah route sepanjang 4 hari perjalanan. Klik lah gambar
untuk lebih jelas.
Perjalanan bermula dari pejabat dan kira-kira bertolak
pada jam 4.30 petang menuju ke Bandar Keningau
dengan menggunakan laluan Kimanis-Keningau.
Selain Moja dan Lynn, staf lain yang bersama-sama dalam
perjalanan ini iaitu, Suffian,Samariah dan Shamad.
Jarak perjalanan tidak pastilah pula. Tapi mengambil masa
lebih kurang 2 jam setengah. Lebih kurang jam 7 malam
kami tiba di Bandar Keningau, dan bermalam di Hotel Juta.
Hotel Juta KeningauLebih kurang jam 7.30 malam, masing-masing dah
mula kelaparan selepas perjalanan petang tadi.
Makan malam adalah di KRK. Tempat bukanlah
pilihan kami, tetapi ada kenalan yang sudi belanja
makan malam di sana. Alang-alang dah ada orang
nak belanja, jadi kami ini ikut sajalah.
Mmm...walaupun menu kureng sikit, tapi tetap berselera
Antara menu yang diorder Sup ketam, ayam masak kicap,
udang goreng tepung, daging masak halia dan sayur
masak belacan. Minum pula jus epal hijau...wahhh!!!
Sedapkan!!!!
Hari berikutnya (Khamis) adalah hari undian di Pekan
Nabawan. Selepas bersarapan di Restoran Rahmat,
Keningau, kami bertolak ke pekan tersebut.
Tu..sorang jaga slide, sorang lagi bagi peneranganSetibanya di lokasi iaitu dewan masyarakat di Pekan
Nabawan, rupa-rupanya dewan awal-awal lagi dah
penuh dengan kehadiran ~ oh ok, sekarang ini bukan
lagi kita panggil rakyat atau penduduk tempatan,
lebih senang dipanggil kontraktor ^^.
Beginilah kejadian di dewan masyarakat
Malangnya, bila kami tiba di dewan tersebut, ketiadaan
elektrik menyebabkan proses undian sedikit lewat dari
yang dijadualkan. Gangguan elektrik dikatakan berlaku
sejak tengah malam. Alhamdulillah bekalan elektrik
dapat dipulihkan sekitar jam 10.30 pagi.
Sesi undian
Kehadiran YB Tan Sri Joseph Kurup, Timbalan Menteri
Sumber Asli Dan Alam Sekitar yang juga Ahli Parlimen
Pensiangan turut hadir dalam sesi undian di Nabawan.
Selesai sesi undian pada jam 1 tengahari, kami menjamu
selera yang disediakan oleh Pejabat Daerah Nabawan.
Setelah semuanya selesai di daerah ini, kami mula
bertolak ke Daerah Kuala Penyu pula.
Perjalanan dari Nabawan ke Kuala Penyu mengambil
masa lebih 2 jam dengan menggunakan laluan yang sama
Kimanis-Keningau dengan melalui Pekan Kecil Sook.
Alhamdulillah semuanya selamat tiba sekitar jam 5 petang.
Lokasi penginapan adalah di Binsulok Beach Resort.
Binsulok Beach ResortTarikan utama untuk ke resort yang terletak jauh
di pedalaman adalah keadaan pantainya yang
cantik. Jarak perjalanan dari Kota Kinabalu
dianggarkan 90km yang juga akan mengambil masa
hampir 2 jam perjalanan.
Cuma tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan
di resort ini memandangkan kekurangan kemudahan
melainkan tujuan anda adalah semata-mata untuk
berehat dan menikmati suasana pantai.
Aktiviti kami?
It's BBQ timeSudahlah kemudahan yang ada disini memang kurang,
udahnya, mahu mencari makan pun susah juga. Jadi
team ini pun bercadanglah buat BBQ. Jarang-jarang
sekali dengar staff pergi outstation sambil-sambil
buat parti BBQ. Inilah salah satunya ^^.
Dua orang masterchef sibuk menyediakan menuMalam tu, hanya team kami saja yang menginap
di resort ini. Suasana resort memang gelap tetapi
diterangi dengan cahaya bulan dan suara
hiruk-pikuk kokok kami. Hehe!!!
Chicken wings dan sosej. Itulah bajet yang ada untuk
dinner. Memang sedap. Memang pandai orang yang
memerap wings tu. Cukup rasa. Cukup masak.
Alhamdulillah semuanya kenyang.
Tu!! Meriah sungguh partiEsoknya, seawal jam 7 pagi kami mula bergerak ke
Kuala Penyu. Jarak dari penginapan ke sana iaitu
setengah jam perjalanan. Memandangkan jambatan
yang menghubungkan Binsulok dan Kuala Penyu
baru sahaja siap dan dibuka beberapa hari lalu,
ia telah mengurangkan masa perjalanan diantara
dua daerah yang mana sebelum ini pengangkutan
feri digunakan dan ia mengambil masa hampir 15 minit
dengan jarak kurang 500 meter. Itu pun belum lagi
mengambil kira kos kerugian masa semasa menunggu
untuk menaiki feri.
Sesi undian
ADUN Kuala Penyu iaitu YB Teo Mau Sing juga
hadir bagi merasmikan proses undian di daerah ini.
Sesi undian
Alhamdulillah proses undian di daerah ini semuanya
berjalan dengan lancar dan yang pastinya kontraktor
yang berjaya juga berpuas hati.
Suasana undian di dewan yang tenangSetelah selesai sesi undian pada sebelah tengahari,
sekali lagi bermulalah kembara staff PPNS untuk
meredah ke bahagian utara Sabah iaitu Daerah Paitan.
Dianggarkan jarak perjalanan sekitar 360km.
Untungnya, si Moja tidak dapat mengikuti
perjalanan seterusnya disebabkan hal yang
tidak dapat dielakkan. Hanya seorang saja
wakil krew kewangan yang dapat meneruskan
perjalanan untuk sesi undian seterusnya.
.
.
.
Bersambung
0 ulasan:
Catat Ulasan