10 di nabawan - Google Blog Search |
IQRA <b>Di</b> Desa Permai Kg Pandiwan,<b>Nabawan</b>, Sabah... Posted: 29 Jan 2012 02:12 AM PST ASSALAMUALAIKUM WTH... pada 20-22 januari 2012 telah berlangsung program Iqra di Kg Pandiwan, Nabawan, Sabah...perjalanan memakan masa 4 jam menggunakan bas ums. program nie hasil kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama Siswazah Muda ABIM Sabah (SISMA). objektif program ini adalah : 1. Membantu masyarakat setempat dari aspek pendidikan anak-anak dan keluarga dalam Program Iqra terutamanya dalam hal-hal fardhu ain. 2. Membina potensi setiap siswazah dalam khidmat sosial. 3 Membina ikatan silaturrahim dikalangan peserta dan masyarakat setempat. kampung ini mempunyai 27 keluarga islam & 130 orang yang beragama islam,saya merasakan atas tanggungjawab sesama saudara islam seharusnya anak-anak muda perlu sama-sama kami turun kelapangan untuk mentarbiah diri sendiri dari segi fizikal & mental, kawasan kampung nie walau pun nampak sudah membangun tetapi masih menggunakan sumber air daripada gunung dan sungai yang di pam menggunakan saluran yang diperbuat daripada hasil kerjasama oleh penduduk kampung. tiada talian telekomunikasi kecuali maxis sahaja yang dapat dihubungkan ke kampung ini. kebanyakan daripada penduduk kampung bekerja sendiri bagi kaum bapa serta kaun ibu menjadi suri rumah tangga sahaja. Menyelami jiwa masyarakat di sini melalui perbualan singkat daripada beberapa penduduk kampung, mereka ada yang menganut islam sejak remaja lagi tetapi masih belum faham ape itu islam yang sebenarnya, ada yang menganut agama islam kerana perkahwinan. Saya tersentuh apabila ada kalangan pakcik & makcik mereka belum mahir lagi tentang solat daripada pergerakan hinggalah bacaan solat. Apatah lagi membaca Al-Quran, mereka masih lagi buta huruf alif, ba & ta.. melihat wajah2 anak kecil & remaja mereka beruntung kerana mendapat pendidikan agama di sekolah semasa sesi P & P dalam subjek agama islam. serba sedikit mereka tahu tentang perihal solat. saya tersentuh sepanjang program ada kanak-kanak yang memakai bju yang sama sepanjang program berlangsung 3 hari 2 malam, bila di tanya mereka tidak bawak baju,sangat kasihan melihat keadaan mereka, hatiku berdetik syukur alhamdulillah walaupun aku berada dalam keluarga yang kurang mampu tetapi masih ada lagi persalinan untuk bertukar ganti setiap hari kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang program adalah menjadi bendahari program & ketua masak untuk peserta & ajk seramai lebih kurang 100 org dalam masa 3 hari 2 malam. dari awal pembelian barang-barang kering untuk masakan hingga ke kenduri cara islam dimulakan dengan beli barang-barang di sekitar di kota kinabalu, sabah. penbelian barang-barang basah seperti sayur,iakan dan ayam di beli di pekan berdekatan, berpeluang juga ke pasar tempat baru, walaupun sangat pening bila berbelanja barang-barang nie 3hari berturut-turut sebelum & semasa program. tetapi penat & lelah tidak diambil peduli,aku gagahkan juga tdengan tenaga yag ada...walaupun ada makcik-makcik yang ringan tangan untuk membantu masak di dapur tetapi aku katakan tidak mengapa makcik,insyaAllah saya & kawan akan masak nanti, makcik pergilah belajar nanti dah masak saya panggil makcik & pakcik makan serta adik-adik sekali, nasib baik makcik tu sporting dan memang nampak riak wajah dia mahu belajar sesuatu...(dalam hati moga-moga dapat masak dengan baik & dapat dimakan bersama-sama kalau tak malunya lah...hehehe) Alhamdulillah hari ketiga 22 januari 2012 diadakan majlis kenduri cara Islam sebagai majlis penutupan program iqra, gotong royong memasak bersama penduduk kampung di adakan untuk menjamu lebih daripada 130 orang tetamu, dengan pertolongan makcik-makcik di dapur dapat juga pelbagai juadah makanan di sediakan seperti ayam masak kari,sup ayam,sayur betik tumis, sayur terung masak sambal,sayur kampung(...dah lupa namanya..hehehe) di masak lemak serta pencuci mulut buah tembikai. Majlis penutupan program dihadiri oleh pegawai pendidikan daerah nabawan, pengerusi surau Kg Pandiwan, YDP ABIM Sabah Dr. Abdullah Bade serta panglima & Srikandi SISWAZAH MUDA ABIM SABAH (SISMA) bersama penduduk kampung. Harapan seluruh keluarga Islam di Kg Pandiwan, Nabawan, Sabah agr kami dapat turut semula selepas ini....(^_^) ALBUM KENANGAN
|
You are subscribed to email updates from di nabawan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan