10 di kunak - Google Blog Search |
Kunakians: BEKALAN AIR <b>DI KUNAK</b> - YANG MEMERLUKAN DAN <b>...</b> Posted: 15 Mar 2012 07:01 AM PDT Banyak kawasan penempatan ataupun perumahan, baik di dalam mahupun di luar negara yang mengalami masalah ketidakcukupan bekalan air paip, termasuklah Daerah Kunak. Walau bagaimanapun Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat di semua kawasan. Hari ini, bekalan air ke kawasan Kampung Simpang Empat Kunak terputus lagi berikutan kerosakan pam yang membekalkan air dari loji di Sungai Kalumpang ke kawasan tersebut. Pihak Jabatan Air terpaksa menyewa lori tambahan, selain daripada lori tangki Majlis Daerah Kunak, untuk mengangkut air kepada penduduk yang terlibat. Sementara penduduk Kg Simpang Empat mengeluh ketiadaan bekalan air, segelintir penduduk di dua buah kampung lain yang sempat kami lawat bersama Yang Berhormat Datuk Nilwan (ADUN N51 Kunak), membazirkan kemudahan asas tersebut dengan tidak mengendahkan keadaan paip bekalan air mereka yang bocor. Sebagai contoh, seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah, paip bekalan pecah kerana sikap 'tidak apa' pemilik yang membiarkan paip terdedah di atas jalan. Akibatnya ia pecah setelah kenderaan melalui jalan tersebut. Pada pandangan saya tidaklah terlalu sukar untuk menimbus paip tersebut. Jika kebocoran ini berlaku selepas melalui meter bekalan air pengguna berkenaan tentunya dia sendiri yang akan menanggung kerugian, kemudian akan menjadikannya isu bahawa pihak Jabatan Air Kunak mengenakan bil yang tidak berpatutan. Pemeriksaan kami mendapati meter air di kampung tersebut terletak berkumpul di satu kawasan penyambungan 'T' seperti dalam gambar di bawah. Bermakna kebocoran yang disebutkan di atas adalah selepas melalui meter bekalan melainkan jika penymabungan dilakukan di tempat lain yang tersembunyi. Di kampung yang satu lagu kami dapati penyambungan bekalan air dilakukan menggunakan hos biasa (lihat gambar di bawah). Kebocoran yang deras menyebabkan jalan kampung yang berhampiran digenangi air. |
Burung Merak Pongsu mungkin masih wujud <b>di Kunak</b> - Kunak Press Posted: 22 Mar 2012 06:31 AM PDT Penemuan bulu dipercayai Burung Merak Pongsu (The Borneon Peacock-Pheasant) di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Hutan Simpan dekat Mostyn, di sini, baru-baru ini mengundang spekulasi wujudnya spesis burung tersebut di sini. Seorang pekerja buruh, Idris berkata, dia ketika dalam perjalanan balik dari ladang sawit untuk solat Jumaat baru-baru ini menemui bulu burung itu di atas jalan raya. "Tidak jauh dari ladang ini ada hutan simpan di situ. Mungkin ini bulu yang tertanggal dari burung merak", katanya sambil menaruh keyakinan bahawa burung itu masih mendiami kawasan hutan di sana dan keluar mencari makanan di kawasan ladang berdekatan. Pada suatu ketika, spesis merak seperti itu amat biasa ditemui di Malaysia dan Thailand serta juga dilaporkan di Myanmar, Singapura dan Sumatera. Bagaimanapun, burung tersebut telah hilang daripada kebanyakan taburannya yang dahulu. Disebabkan oleh kehilangan habitat yang berterusan, jumlah burung ini yang kecil serta taburan yang terhad, Burung Merak Pongsu dinilaikan sebagai burung rentan dalam senarai merah IUCN sebagai spesis terancam. Berdasarkan laman wikipedia, saiz burung Merak Pongsu sederhana antara 40 dan 53 sentimeter panjangnya. Warna bulunya keperang-perangan dengan bintik-bintik hitam. |
You are subscribed to email updates from di kunak - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan