ads

Sabtu, 18 Februari 2012

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


sabahkini.net: AMANAH SEMAKIN MANTAP <b>DI TUARAN</b>

Posted: 02 Jan 2012 09:39 AM PST


Oleh: KREW SABAHKINI.NET

ANGKATAN Amanah Merdeka Malaysia (AMANAH) sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah diluluskan pendaftarannya pada pertengahan tahun lalu akan berperanan menjadi satu organisasi yang berupaya melonjakkan kedudukan sosio ekonomi keseluruhan rakyat agar dapat mengecapi kehidupan yang benar-benar maju, adil, saksama dan progersif, di samping memberi pendidikan dan ilmu pengetahuan terutama dalam konteks pembangunan negara.

Selain itu AMANAH akan mendokong teguh kemuliaan institusi perpaduan dan nilai-nilai murni secara kolektif terikat kukuh sebagai ahli keluarga besar yang jati serta ikhlas sejajar dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan bagi masa hadapan bersama keseluruhan rakyat pelbagai kaum.

Ketua Penerangan Majlis AMANAH Kawasan P170 Tuaran, Haji Awang Puasa Jambul menyatakan demikian ketika memberitahu bahawa sambutan yang amat menggalakkan telah diterima dari masyarakat pelbagai kaum di daerah ini untuk menjadi ahli AMANAH di tiga ranting iaitu di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman, Tamparuli dan Kiulu.

Beliau juga menyatakan perjuangan AMANAH adalah untuk menyampaikan suara hati nurani rakyat agar didengari oleh pimpinan kerajaan khususnya yang mencakupi permasalahan dan pembelaan terhadap rakyat tempatan agar pelbagai sumbangan yang sewajarnya dapat diterima selaras untuk meneruskan suatu tahap kehidupan yang tinggi untuk seluruh rakyat, berasaskan prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan dan seimbang selaras dengan perlembangaan negara dan di bawah suatu sistem kewangan negara yang stabil.

Dalam pada itu katanya, baru-baru ini telah diadakan satu mesyuarat pembentukan Majlis bagi kawasannya di Parlimen Tuaran yang memilih dengan sebulat suara Mantan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Monggoh Orow sebagai Pengerusi.

Sementara itu, Tiga Timbalan Pengerusi telah dipilih yang terdiri daripada Mantan Timbalan Menteri Buruh Malaysia; Datuk Kalakau Untol, Pemimpin Masyarakat China Tuaran; Farncis Soon dan seorang Pemimpin Masyarakat Bajau; Haji Jamling Haji Ghani.

Manakala Naib-naib Pengerusi yang terpilih terdiri daripada Pengerusi Persatuan Peladang Kawasan Tuaran Mohd Fairuz Bandar yang juga Bekas Setiausaha Sulit Menteri Kerajaan Tempatan Sabah; Bekas Pemimpin PBS Tamparuli David Chua Kim Leong; Pemimpin UPKO Kawasan Tamparuli Ramlee Mat; Pemimpin Wanita di Tamparuli Juis Jikah; dan Anak Bekas Menteri KeHakiman Malayisa Datuk Dr.James Ongkili DR Jimmy Ongkili.

Jawatan Setiausaha pula telah diamanahkan kepada seorang pemimpin masyarakat tempatan Irose Leecyous Jani dan Bendahari disandang oleh seorang pemimpin Masyarakat China Tamparuli Tan Ah Pang.

Manakala Seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa Majlis AMANAH bagi Kawasan P170 Tuaran telah dipilih terdiri daripada Yusof Gindara, Francis Lamun, Nasir Samie, Jatim Giaron, Sidin Olin, Gaibin Ransoi, Dusin Gingging, A.Dullah Londow, Lakuman Gisob, Julian Sugara, Balanting Erom, Taib Mondoni, Christine Alan Inding, Agustine Lai dan Deraman Dermat.

Sehubungan itu, kata Haji Awang Puasa, AMANAH yang mempunyai misi perjuangan untuk menghidupkan kembali sumpahjajnji dan idealisma pengasas-pengasas kemerdekaan yang menginginkan agar seluruh rakyat Malaysia termasuk di daerah ini akan hidup sebagai satu bangsa berteraskan kesaksamaan, keadilan serta maju dan sejahtera.

"AMANAH yang dipimpin oleh Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah yang juga Ahli Parlimen Kawasan Gua Musang, Kelantan bagi peringkat negara dan di peringkat pimpinan Negeri Sabah diketuai oleh Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing telah juga melantik Mantan Ketua Penerangan UMNO Tuaran; Haji Ghulabdin Enjih sebagai Pengerusi Majlis Ranting AMANAH di Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman.

"Sejajar dengan perjuangan yang termaktub dalam perlembagaan AMANAH ia akan juga memastikan institusi-institusi negara mendukung dan menghormati kedaulatan undang-undang, prinsip-prinsip demokrasi, hak serta nilai-nilai sejagat," kata Haji Awang Puasa yang juga Mantan Presiden Kesatuan Sekerja PETRONAS Negeri Sabah.

Dengan penubuhan AMANAH di Kawasan P170 Tuaran, kata Haji Awang, adalah diharapkan akan lebih ramai masyarakat tempatan akan memberikan sokongan dan masuk untuk menjadi Ahli agar perjuangan untuk menyuara dan mengetengahkan pelbegai permasalahan mereka akan dapat dijayakan dengan lebih teratur dan tertib.

1 ulasan:

Unknown on 20 November 2020 2:53 PG berkata...

Assalamualaikum Haji Awang puasa jambul , semoga sehat selalu

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved