Kali ini kita akan melihat beberapa tempat menarik untuk dikunjung di Negeri Bawah Bayu iaitu Sabah. Daerah yang dipilh kali ini adalah Tawau.
Tawau terletak di garisan bujur 117' ke Timur dan 4' 30' di garisan Lintang ke Utara. Ia meliputi kawasan seluas 6,125 kilometer persegi ata kira-kira 612,506 hektar dan terletak di bahagian Pantai Timur Sabah. Tawau berkongsi sempadan dengan Kalimantan Indonesia sementara lautnya dikelilingi oleh Laut Sulu di Timur dan Laut Sulawesi di Selatan. Bagi tujuan-tujuan pentadiran dan pencukaian.
Daerah Tawau dipecahkan kepada empat bahagian iaitu Bandar ( 2,510 hektar ), Separuh Bandar ( 3,075 hektar ), Luar Bandar ( 568,515 hektar ) dan Laut ( 38.406 hektar ).
Tawau terletak 555KM daripada Kota Kinabalu iaitu selama 9 - 10 jam perjalanan.
Tempat-tempat yang menarik untuk dikunjung sekiranya anda sampai di Tawau.
1. Balung River Eco Resort
Quote:Dibina di tengah kawasan peladangan seluas lima hektar, Balung River Eco Resort di Tawau menjadi destinasi percutian menarik untuk menghilangkan penat lelah dan menjauhkan diri daripada kesibukan kota.Terdapat dua cara ke Balung River Eco Resort iaitu yang pertama, menggunakan pengangkutan udara. Dari Lapangan Terbang Tawau, pelancong terpaksa menempuh perjalanan sejauh 28 kilometer selama setengah jam untuk sampai ke resort itu. Pilihan kedua pula melalui pengangkutan darat yang kebanyakannya menjadi pilihan pengunjung tempatan.
Sepanjang perjalanan itu, pelancong luar turut merasai keindahan flora dan fauna sepanjang perjalanan sekiranya memilih laluan itu. Meskipun terpaksa menempuh perjalanan sejauh 33 kilometer dari bandar Tawau, keletihan pasti terubat dan hilang sekelip mata apabila menjejak kaki ke resort itu yang serba menyamankan. Bagi yang gemarkan suasana alam semula jadi pula pasti tertawan dengan pemandangan resort itu yang dikelilingi hutan di kawasan sekitarnya selain berdekatan dengan Sungai Balung. Di situ, pengunjung boleh membuat pilihan sama ada untuk mandi-manda di kolam yang disediakan atau di sungai yang terletak tidak sampai 50 meter dari resort berkenaan.
Menariknya, Balung River Eco Resort menjadi pusat percutian pertama di negara ini yang mengusahakan perladangan dan tanaman pertanian di kawasan seluas 1,295 hektar. Inisiatif pengurusan resort berkenaan patut dipuji kerana menyediakan perkhidmatan dua dalam satu iaitu sebuah pusat percutian indah dan menarik serta mampu pula mengusahakan tanaman pertanian di dalamnya. Bunyinya mungkin agak janggal, namun, itu adalah daya tarikan sebenar pelancong ke resort berkenaan selain menikmati udara segar dan keindahan alam semula jadinya. Tidak cukup dengan itu, pengunjung juga mempunyai pilihan untuk menyertai aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak resort iaitu pakej lawatan ke ladang-ladang di resort tersebut. Pengunjung akan dibawa melawat kilang memproses hasil produk dari ladang seperti jus mengkudu, herba misai kucing dan gula kabong atau gula merah.
Idea mewujudkan resort berkonsepkan ladang ini telah diilhamkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd. Salleh. Keistimewaan lain yang terdapat di resort itu adalah kemudahan bilik penginapan yang selesa untuk percutian individu atau bersama keluarga . Turut disediakan gelanggang badminton, bola sepak, tempat perkhemahan, kolam renang, tasik untuk memancing, restoran, karaoke dan surau.
2. Bukit Gemok
Quote:Bukit Gemok merupakan salah satu Hutan Simpan yang boleh dikunjungi dan mempunyai keluasan seluas 445 hektar dan ketinggian 428 meter dari paras laut. Terletak kira-kira 20 minit jika memandu dari bandar Tawau di Jalan Merotai.Terdapat juga Jalan di Kanopi iaitu Titian Silara sepanjang 231 meter panjang dan mengambil masa selama 45 minit untuk sampai ke puncak sejauh 1 kilometer. Permandangan seluruh bandar Tawau dapat dilihat dari atas puncak bukit. Ia merupakan permandangan yang amat cantik.
Jalan masuk ke Bukit Gemok dikelilingi dengan pokok kelapa sawit, pokok getah serta pokok koko. Ketika menaiki Titian Silara, ia dikelilingi dengan pokok-pokok tropika.
3. Maliau Basin (Sabah's Lost World)
Quote:Maliau Basin juga dikenali sebagai 'Sabah's Lost World'. Keluasannya dijangka melebihi keluasan Singapura yang terletak kira-kira 40 kilometer dari sempadan utara Kalimantan dan perlu memandu kira-kira 4 hingga 5 jam dari bandar Tawau atau Keningau. Kereta yang bergear rendah sahaja yang digalakkan kerana perlu mengharungi jalan-jalan hutan.Ini kerana is terletak di tengah-tengah hutan yang menyebabkan ramai orang tidak mengetahui kewujudannya. Ia merupakan salah satu kawasan yang amat cantik dengan keadaan sekelilingnya dan juga bentuk air terjunnya yang bertingkat-tingkat.
Terdapat juga penginapan yang disediakan oleh pihak Maliau Basin kepada pengunjung-pengunjung. Selain itu terdapat banyak aktiviti yang boleh diikuti oleh para pengunjung. Terdapat juga jambatan gantung serta tempat-tempat untuk berkelah.
4. Shan-Shui Golf & Country Club
Quote:Padang Golf Shan-Shui mula beroperasi sejak tahun 1998. Ini merupakan salah satu padang golf yang besar dan menarik. Kawasannya meliputi 6,644 meter panjang. Untuk menuju ke padang golf ini, ia mengambil masa kira-kira 10 - 15 minit dari Lapangan Terbang Tawau manakala jaraknya dari bandar Tawau adalah kira-kira 9 batu.Bentuk padang golf yang menarik ini telah dicipta oleh Nelson N Haworth. Padang golf ini terdapat 72 Par serta mempunyai 18 lubang. Kawasan padang golf ini amat menarik dan dihiasi dengan bunga-bungaan sepanjang jalan masuknya serta kawasannya yang dijaga rapi.
Selain itu, terdapat juga kemudahan seperti kolam renang, restoran, rumah kelab serta bilik loker yang disediakan oleh pihak Shan-Shui.
5. Tawau Hills Park
Quote:Taman Bukit Tawau merupakan kawasan semulajadi dan merupakan kawasan tadahan air. Ia terletak kira-kira 24 kilometer dari bandar Tawau. Ia meliputi seluas 27,972 hektar.Sungainya yang bersih dan sangat sesuai untuk berenang. Terdapat juga pondok-pondok yang disediakan untuk menyenangkan para pengunjung bersantai. Ini merupakan tempat yang selalu dikunjungi oleh pengunjung di hujung minggu ataupun di musim cuti persekolahan.
Selain itu, terdapat banyak rintis kembara dan ada yang membawa anda ke kawasan mata air panas dan air terjun dengan berjalan kaki.
Terdapat pelbagai spesies flora dan fauna terdapat di kawasan ini. Antara tumbuhan yang menarik ialah Orkid Telinga Gajah.
6. Teck Guan Cocoa Museum
Quote:Teck Guan Group merupakan salah satu syarikat pengeluar Koko di Malaysia yang terbesar dan produk koko yang dihasilkan adalah yang bermutu tinggi. Muzium Koko Teck Guan terletak kira-kira 3 kilometer dari bandar Tawau menuju ke Tanjung Batu Laut mengambil masa kira-kira 10 minit yang berada di sebelah kanan Majulah Koko yang mula beroperasi sejak tahun 2002.Tawau merupakan salah satu kawasan yang sesuai untuk penanaman koko. Aroma koko akan dapat dirasai ketika berada berdekatan dengan Museum Koko kerana ia bersebelahan dengan kilangnya. Koko merupakan bahan utama pembuatan coklat dan mentega koko yang digunakan oleh syarikat pembuat coklat sebenarnya berasal daripada Tawau.
Pihak muzium juga menerangkan cara-cara memproses koko hinggalah salah satu produk itu terhasil. Selain itu, cara-cara untuk menyediakan makanan ringan yang diperbuat daripada koko juga di ajar kepada pengunjung.
6. Tawau Tanjung Market
Quote:Pasar Tanjung adalah sebuah pasar tertutup yang terletak di Tawau. Ia merupakan pasar tertutup terbesar di Malaysia.Pembinaannya bermula pada tahun 1995 dengan kos sebanyak RM 17 juta dan siap sepenuhnya pada tahun 1999. Pasar ini mempunyai 6,000 gerai di dalamnya. Ia merupakan sebuah projek pembinaan utama di Tawau pada tahun 1999 semenjak 1980-an.
Nama "Tanjung" diambil sempena kedudukan pasar ini yang terletak di kawasan Sri Tanjung di Tawau.
Full content generated by Get Full RSS.
0 ulasan:
Catat Ulasan