ads

Selasa, 21 Februari 2012

10 di tambunan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


Jeffryjeff.com | KEMALANGAN SELEPAS BALIK MEMINANG <b>DI</b> KG <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2011 04:59 AM PST

MAUT…mayat empat mangsa diletak di tepi jalan selepas dikeluarkan dalam kemalangan di Kilometer 15 Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, berdekatan Kampung Kinabaan, semalam.

KENINGAU: Kegembiraan tujuh sekeluarga mahu menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka selepas selesai menghadiri majlis meminang bertukar tragedi apabila empat daripada mereka maut, selepas kenderaan dinaiki merempuh lori tangki di Kilometer 15, Jalan Tambunan-Kota Kinabalu, berhampiran Kampung Kinabaan, semalam.

Sebelum kejadian, pacuan empat roda Nissan Frontier dipandu Koperal Bryne Mathew, 31, bersama enam ahli keluarga termasuk seorang kanak-kanak dipercayai dalam perjalanan dari Kota Kinabalu di Kampung Sunsuran ke Kampung Maras, sebelum bertembung lori tangki dari Tambunan ke Kota Kinabalu, jam 5.20 petang.

Tiga anggota rombongan itu, pemandu dan seorang penumpang lori tangki terbabit cedera parah. Selain Bryne, mangsa lain yang maut dikenali, Jubin Justinus, 21, Rupinah Maurus, 33, dan Maurus Masida, 59, manakala tiga yang parah dikenali Lans Koperal Anthony Mourus Masida, 25, Thomas Maurus, 20, dan Oliver Dennis Bryne, 5.

Ketua Polis Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamad ketika dihubungi berkata, lelaki dalam lori tangki itu yang parah dikenali Jaslan Cong Keng, 32, dan seorang lagi belum dikenali pasti identitinya. "Pemandu pacuan empat roda itu anggota berpangkat koperal dari Pasukan Gerakan Am di Johor," katanya sambil memaklumkan kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1957.

Difahamkan, empat penumpang pacuan empat roda itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tambunan.

Tujuh ahli keluarga yang menaiki pacuan empat roda berkenaan baru saja selesai menghadiri satu majlis peminangan dan dalam perjalanan menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Kampung Mangi Pangi di Tambunan.

Bagaimanapun, ketika melalui selekoh di tempat kejadian kenderaan pacuan empat roda berkenaan dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah lori tangki dari arah bertentangan.

Akibat perlanggaran itu, lori tangki berkenaan terbalik dan terhumban ke dalam gaung sedalam 10 meter di sebelah kanan jalan, manakala pacuan empat roda itu terjunam ke dalam parit di kiri jalan.

Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba Tambunan, Alan Ayuhang berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tambunan menerima panggilan kecemasan pada jam 5.27 petang dan tiba di lokasi jam 5.35 petang bersama enam anggota dan sebuah jentera.

Kataya, bomba mengambil masa setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam pacuan empat roda berkenaan.

Mereka yang maut mengalami kecederaan parah di kepala dan dada, manakala mereka yang parah cedera pada anggota badan lain seperti tangan dan kaki.

Sementara itu, seorang saksi yang enggan namanya disiarkan berkata, ketika kejadian itu, dia berehat di bilik rumah berdekatan tempat kejadian.

"Saya terkejut apabila mendengar dentuman kuat di luar sebelum melihat sebuah lori tangki terbalik dan terhumban ke dalam gaung.

"Ketika itu, saya ingatkan lori berkenaan terbabas dan saya bergegas menghubungi bomba Tambunan sebelum menuju ke tempat kejadian," katanya.

Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian dia melihat sebuah pacuan empat roda turut terbabas dengan beberapa penumpang berlumuran darah.

"Ketika itu saya dengan beberapa penduduk kampung segera membantu mangsa yang tersepit dan beberapa minit kemudian sepasukan anggota tiba untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

sumber:mummynemo.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved