10 di semporna - Google Blog Search |
- sabahkini.net: USNO SAMBUT JUBLI EMAS <b>DI SEMPORNA</b>
- Trip Memancing <b>Di Semporna</b> : Travel @msaidins
- Kelapa Mawar: RAPAT UMUM USNO,STAR <b>DI SEMPORNA</b> BESOK
sabahkini.net: USNO SAMBUT JUBLI EMAS <b>DI SEMPORNA</b> Posted: 22 Jan 2012 06:59 PM PST Oleh : MEDIA USNO USNO pimpinan Datu Badaruddin Tun Mustapha akan mengadakan rapat umum pertamanya di Pekan Semporna bertempat di Floating atau Dewan Sulabayan bagi mengingati Jubli Emas 50 tahun USNO. Pihak penganjur dari Pantai Timur Sabah yang diketuai oleh Naib Presiden Penajanyanya, Abdullah Sani Hj Abdul Salleh memaklumkan pihaknya mendapat respon amat baik dari seluruh warga Sabah dan menyatakan kehadiran mereka sebagai tanda sokongan perlunya parti itu diluluskan segera oleh pihak kerajaan bagi membolehkan mereka menyertai pilihanraya ke 13 Negeri akan datang. Pihak UBF atau STAR telah menyatakan persetujuan mereka bagi menghadiri Majlis itu serta menghantar rombongan STAR sebagai tanda sokongan kepada perjuangan warga Sabah dalam konsep 'Demokrasi Bebas' atau 'Freedom of Democracy'; melalui idea baru ke arah Sabah lebih mantap dalam Malaysia, UBA atau United Borneo Alliance yang diilhamkan oleh beberapa kumpulan NGO dan Parti-Parti Politik Sabah akan mengambil bahagian untuk menyatakan pendirian mereka mengenai perjuangan USNO mendapatkan Haknya bergerak semula. Datu Badaruddin Tun Mustapha dijangka akan membuat ceramah penting pada majlis hari itu di samping Datuk Dr.jeffry kititngan dari STAR juga akan mengambil bahagian sebagai penceramah dari kumpulan UBA-STAR bersama pemimpin-pemimpin USNO di pantai timur. Jesteru itu pihak USNO Pantai timur mengalu-alukan rakyat Sabah, individu serta NGO Negeri ini supaya dapat hadir dalam majlis berkenaan demi Negeri Sabah dan kebebasan Bersuara yang akan diadakan pada; TARIKH : 29 Januari 2012 (Ahad) MASA : 1.30 Petang - 6.00 Petang TEMPAT : Dewan Sulabayan (Floating) DAERAH : Semporna, Sabah Semporna dipilih menjadi tempat dan rapat umum pertama Parti itu, kerana kawasan itu adalah di antara kubu kuat parti berkenaan di mana kawasan itu meliputi 4 Parlimen dan 12 Dewan Undangan negeri yang majoritinya dan kumpulan suku Bajausuluk. Full content generated by Get Full RSS. |
Trip Memancing <b>Di Semporna</b> : Travel @msaidins Posted: 24 Jan 2012 07:06 PM PST
|
Kelapa Mawar: RAPAT UMUM USNO,STAR <b>DI SEMPORNA</b> BESOK Posted: 27 Jan 2012 04:30 PM PST Walaupun sudah ada desas-desus kononnya Pendaftar Pertubuhan (ROS) ada 'memperkenankan' 12 buah parti di Sabah dan salah satu daripadanya ialah USNO yang cuba dihidupkan kembali oleh anak kepada Allahyarham Tun Mustapha, namun belum ada kepastiannya tentang kelulusan ROS itu.Dan sebagai gerakan awal USNO X bergabung dengan STAR dalam UBA sebagai gerakan politik tempatan bertujuan untuk menumbangkan kerajaan UMNO/BN di Sabah. Tujuan kedua-dua parti ini sama dengan tujuan PR yang juga ingin menumbangkan UMNO dan BN di bumi Sabah untuk melayakkan mereka menerajui Putrajaya. Kesamaan matlamat itulah menyebabkan beberapa pemimpin utama STAR dan UBA ini dilihat menghadiri majlis rapat umum parti PKR yang dihadiri oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Kinabalu beberapa hari lepas. Walaupun perjuangan USNO dilihat tidak punya kekuatan pengaruh lagi di Sabah kerana ramai ahlinya bertindak menyertai UMNO setelah Allahyarham Tun Mustapha 'membenarkannya' sebagai simbolik 'beralih' kapal dari kapal kecil kepada kapal besar,namun di hujung-hujung hayat politik "bapa Kemerdekaan' Sabah ini menyaksikan beliau 'keluar' dari UMNO setelah menyedari bahawa "kematian' USNO dan "kelahiran" UMNO tidak akan menyelesaikan kemelut politik bumiputera Islam di Sabah. Kemunculan USNO kali ini dilihat cuba 'mengembalikan' aura Tun Mustapha menyatukan bumiputera Islam di Sabah pada awal-awal pemerintahan USNO. Namun ramai yang mempertikaikannya kerana kata mereka USNO pada perjalanan politiknya telah menempuh beberapa siri penurunan sokongan rakyat sehingga USNO dilihat tidak dapat bertahan lama.Sebelum parti keramat itu dibubarkan pada 21 Februari 1991 dengan linangan airmata yang membasahi setiap ceruk bumi Sabah di mana USNO hidup dalam jiwa rakyat Sabah, parti itu telah pun berusaha menyertai beberapa pilihanraya negeri iaitu pada tahun 1976,1981,1985,1986 dan 1990 tetapi gagal menumbangkan parti BERJAYA dan PBS ketika itu. Sehinggalah UMNO berjaya mengalahkan PBS dengan insiden lompat si katak lompat pada tahun 1994. Besok bertempat di Semporna satu rapat umum akan diadakan oleh USNO X dan STAR yang dikatakan dihadiri oleh beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk Datu Badaruddin Tun Mustapha dan Dr Jefry Kitingan. Malahan sejak hari Jumaat lepas sudah kelihatan beberapa orang sukarelawan parti berkenaan di Pekan Semporna. Dan khabarnya telah pun mengunjungi pulau BUM-BUM dalam satu program menziarahi rakyat di pulau itu yang termasuk dalam DUN SULABAYAN di mana Datuk Herman (UMNO/BN) adalah wakil rakyat dikawasan itu. Apakah USNO X dan STAR (UBA) akan dapat mencipta sejarah dengan menawan beberapa kawasan pilihanraya di Semporna ini.? Menurut keyakinan pemimpin gabungan parti berkenaan, adalah tidak mustahil menumbangkan BN dan UMNO di Semporna kerana suatu ketika dulu Semporna adalah kubu kuat USNO dan Tun Sakaran Dandai adalah mantan pemimpin parti berkenaan sebelum menyertai UMNO. Jika hanya berpaksi kepada itu, sayugia dikhabarkan bahawa situasi politik telah jauh benar berubah,justeru startegi pun kena berubah,jika tidak semua akan berakhir dengan perjuangan yang sia-sia. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di semporna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan