ads

Sabtu, 4 Februari 2012

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Lelaki Rentung Dalam Kebakaran <b>Di Ranau</b>

Posted: 28 Dec 2011 03:41 AM PST

KOTA KINABALU – Seorang lelaki berusia lingkungan 60-an rentung dalam kebakaran di Ranau, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah, Rudy Mekii, berkata kejadian berlaku di rumah mangsa yang dikenal pasti sebagai Hamidul Abdullah di Kampung Menteki Mesilau, 25 kilometer dari pekan Ranau.

Bomba menerima panggilan kira-kira jam 11.45 malam dan lima anggota menggunakan kenderaan pacuan empat roda, tiba di tempat kejadian hampir satu jam kemudian disebabkan jalan yang sukar dilalui.

Mekii berkata, api yang marak berjaya dipadamkan setengah jam kemudian namum rumah kayu itu musnah sepenuhnya. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Blog | Rompakan Bersenjata <b>Di Ranau</b>|Borneo Travel Information

Posted: 12 Apr 2011 05:00 PM PDT

Seorang pemilik kebun Rafflesia di Kampung Poring, Daerah Ranau telah dirompak oleh dua orang perompak bersenjatakan parang pada 11.4.11 kira-kira jam 9.30 pagi . Perompak menggunakan Wira warna biru dengan nombor pendaftaran palsu WFT9871. Mangsa sedang keseorangan di pondok masuk kebun Rafflesia ketika dirompak. Beg tangan berisi wang dan sebuah kamera telah dirompak. Mengikut maklumat, kumpulan perompak ini ada kaitan dengan Geng Benje.
Lokasi mangsa dirompak
Hari ini sebuah Viva warna silver dengan nombor pendaftaran SD 680 F yang kemungkinan palsu juga disyaki ada kaitan dengan kegiatan merompak. Sesiapa yang melihat kenderaan ini diminta berhubung dengan pihak polis yang berdekatan dengan segera. Untuk anda yang berada di Daerah Ranau boleh menghubungi Balai Polis Daerah Ranau - Tel: 088-875222.

P/s Marilah kita sama-sama berganding bahu untuk membenteras perompak yang tidak berkeperimanusiaan ini.


Full content generated by Get Full RSS.

onggon.com: Pekan Nabalu dan Kampung Libang <b>di Ranau</b>, Sabah

Posted: 29 Dec 2011 07:37 PM PST

Nabalu
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini adalah entry ringkas je.. Pada 27 November 2011 yang lalu, aku and the gang bergerak ke Ranau untuk berjumpa dengan Komuniti 1Malaysia dibantu oleh Jabatan Penerangan Daerah Ranau. Sebelum ke Ranau singgah sebentar di tempat pemos-amos Pekan Nabalu. Kat sini, kita boleh mencuci mata melihat sendiri Gunung Kinabalu yang tersergam tinggi nan indah ececehh.. Ini kali ke berapa aku singgah sini aku pun tak ingat. Kali ni Gunung Kinabalu malu-malu kucing nak bergambar. Dia "bertapok" disebalik awan-awan tebal so dapat kaki dia pun jadilah, kaki kinabalu :P Dalam perjalanan ke Ranau, pilot kami si abang Awang memberhentikan kenderaan pacuan 4 roda di tepi jalan semata-mata mahu aku ambik shot waterfall yang aku tak ingat namanya hehe.. 
Setibanya di Ranau, kami singgah di pejabat Jabatan Penerangan dan berjumpa dengan PPD situ. Setelh habis bincang punya bincang kami pun ngeteh dulu. Lepas ngeteh kami ke Kampung Libang, Ranau bertemu dengan AJK Komuniti 1Malaysia untuk ditemuramah berkenaan dengan kajian yang dijalankan. Kebanyakan penduduk kampung situ adalah berketurunan Dusun dan beragama Islam. Kebetulan datang kat situ dorang sedang bergotong-royong mendirikan khemah kahwin ala-ala tradisional bukan khemah sewa punya daa..
Okeh.. tu je nak cerita pun. Semoga berjumpa lagi pada entry akan datang. Selamat berhari Jumaat dan selamat berhujung minggu. Adios amigos.. Carpe manana! ;)
Somewhere in Nabalu
Nabalu
Nabalu
Kampung Libang
Kampung Libang
Kampung Libang
Kampung Libang
Wakil Komuniti 1Malaysia
Kampung Libang
Full content generated by Get Full RSS.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved