ads

Sabtu, 18 Februari 2012

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


UMNO Online - Kristian Pun Sokong UMNO, Jadi Kenapa Orang <b>...</b>

Posted: 08 Feb 2012 11:27 PM PST

Kategori Dari Bahagian

Kristian Pun Sokong UMNO, Jadi Kenapa Orang Melayu Perlu Tolak? – John Ambrose

Ole: Ropikah Ahmad

KUALA LUMPUR, 9 Feb. – UMNO bukan hanya untuk orang Islam atau memperjuangkan orang Melayu sahaja tetapi ia adalah parti yang menjaga kepentingan semua kaum tanpa melihat kepada perbezaan agama atau kepentingan bangsa tertentu sebaliknya meliputi semua warga Malaysia.

Ketua UMNO Bahagian Penampang, Datuk John Ambrose yang merupakan satu-satunya Ketua UMNO Bahagian yang beragama Kristian hairan dengan sikap segelintir pihak khususnya bangsa Melayu dan orang Islam yang menolak perjuangan UMNO.

"Saya merayulah kepada pengundi-pengundi di Kelantan dan di mana-mana agar menyokong UMNO dan saya sudah masuk UMNO sejak penubuhannya di Sabah sehinggalah ke hari ini saya tidak akan tukar parti kerana idealoginya jelas dan tidak berubah-ubah," katanya dalam wawancara eksklusif kepada UMNO-Online.

Ujarnya, beliau akan membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak biarpun berbeza agama dan bangsa tetapi dalam idea berpolitik matlamatnya adalah sama.

"Saya berpendapat bahawa orang-orang Melayu harus memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib kerana dialah pejuang orang Melayu dan dia juga adalah pejuang kepada orang bukan muslim yang secara langsung adalah pejuang untuk Malaysia."

Maklum beliau, di Bahagian Penampang, bukanlah satu kelainan apabila UMNO dianggotai oleh bukan Islam apatah lagi kebanyakan mereka ketua cawangan dan ahli jawatankuasanya juga adalah non-muslim bumiputera.

"Kekuatan kita adalah kerana kesatuannya dan jentera kita di sini adalah ahli-ahli UMNO yang hidup dalam satu kesatuan tanpa melihat kepada perbezaan agama atau bangsa tetapi apa yang penting adalah untuk telah membantu calon-calon BN di Penampang apabila tibanya pilihan raya.

"Kita pernah menang dengan majoriti tertinggi dalam negeri biarpun kalau melihat kawasan ini di mana pengundinya adalah lebih 40 peratus non-muslim bumiputera, selain lebih 40 peratus berbangsa Cina dan hanya kurang daripada lapan peratus sahaja Melayu, tetapi kita mendapat sokongan penuh hasil daripada keikhlasan bumiputra Kadazan-Dusun-Murut (KDM) di sini."

Tambahnya lagi, tiada alasan untuk menolak UMNO dan kepimpinan Perdana Menteri yang menerajui BN apatah lagi pendekatan Datuk Seri Najib yang turun padang dan mendekati rakyat tanpa melihat kepada apa-apa perbezaan pun.

"Saya bukan Yang Berhormat atau mempunyai kuasa tetapi beliau sangat akrab dengan rakyat sehinggakan sanggup datang ke Penampang untuk meraikan sambutan rumah terbuka Krismas yang lalu malahan cara beliau bercakap tentang Islam tidak pernah menonjolkan bahawa beliau rasis.

"Orang Sabah ada kelebihan iaitu KDM adalah orang UMNO, yang diwakili dari komuniti kristian dan menjadi penyokong kuat UMNO jadi mengapa pula orang Islam di Semenanjung tidak mahu menyokong UMNO sedangkan idealoginya amat jelas dan tidak pernah berubah?"

Tegasnya lagi, kesatuan dalam UMNO dan BN akan memberikan kemenangan kepada BN lebih dua pertiga. - MediaUMNO

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 9 February 2012 Pada 3:27 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved