ads

Selasa, 7 Februari 2012

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Wakaf Masjid <b>Penampang</b>, Sabah | Jom Blogger - Cara Buat Blog l <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2011 02:58 AM PST

No Gravatar

LATAR BELAKANG

Masjid merupakan satu anugerah dan satu institusi yang sinonim dengan umat Islam. Masjid adalah sebagai tempat beribadah dan berinteraksi khusus untuk umat Islam.

Daerah Penampang ialah jiran yang rapat dengan Bandar Raya Kota Kinabalu. Oleh yang demikian maka berlakulah kepesatan penambahan penduduk pelbagai kaum di daerah ini, khususnya yang beragama Islam. Di samping itu, penjawat awam, swasta dan para peniaga yang beragama Islam juga penyumbang kepada penambahan penduduk Islam yang ketara di daerah Penampang.

Hal demikian menjadi kepentingan dan keperluan asas bagi penduduk Islam di Penampang agar sebuah masjid dapat didirikan di kawasan ini dengan kadar yang segera. Dengan terdirinya sebuah Masjid di daerah ini, umat Islam dapat menunaikan Solat Jumaat di samping menunaikan fardhu kifayah yang lain seperti pengurusan jenazah, solat terawih dan yang berkaitan.

Selaras dengan tujuan ini, satu Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang telah ditubuhkan hasil idea pelbagai pihak dan diharapkan agar Jawatankuasa ini dapat menggembleng tenaga serta usaha agar satu kutipan dana diperoleh untuk merealisasikan pembinaan Masjid ini melalui sumbangan kerajaan, orang awam dan syarikat-syarikat korporat.

MATLAMAT

- Menyediakan tempat ibadat yang strategik untuk umat Islam
- Tempat umat Islam berkumpul untuk menjalankan aktiviti-aktiviti agama.
- Mewujudkan institusi pendidikan agama untuk keperluan generasi Islam di daerah Penampang dan kawasan sekitarnya.
- Menjadi pusat informasi Islam dan "One Stop Centre"
- Menyemarakkan syiar Islam di daerah Penampang.

MAKLUMAT TAPAK

Cadangan tapak bagi pembinaan Masjid Wakaf ini telah dikenalpasti berhampiran dengan Jalan Penampang Bypass. Tapak yang sesuai yang telah dikenalpasti merupakan milik individu yang telah bermurah hati untuk memindah milik tanah ini pada harga yang sangat rendah berbanding harga sebenar pasaran. Individu ini berhasrat untuk melihat terbinanya masjid ini bagi memenuhi tuntutan agama Islam di daerah ini. Kebenaran kutipan dana dari Jabatan Ketua Menteri juga telah diperoleh bagi tujuan ini.

TAWARAN HARGA TAPAK WAKAF

Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang telah bermesyuarat dan bersetuju untuk menetapkan harga bagi satu lot tapak wakaf bersamaan dengan satu kaki persegi bagi masjid ini seperti berikut:

1 Lot Tapak Wakaf bersamaan 1 kaki persegi bernilai RM100.00

KAEDAH SUMBANGAN

- Tunai / Cek
- Pemindahan wang bank
- Memasukkan terus ke akaun bank "Jawatankuasa Wakaf Masjid Penampang"

***Bagi tujuan pembelian tapak menggunakan Wang Pos/Cek/Akaun Bank Islam, sila bayar atas nama JAWATANKUASA WAKAF MASJID PENAMPANG dan faks salinan resit transaksi bank untuk rekod.

No Akaun Bank Islam : 10016010074517

Untuk maklumat lanjut sila KLIK

Katakanlah (Muhammad) kepada hamba-hambaKU yang telah beriman, 'Hendaklah mereka melaksanakan solat, menginfakkan sebahagian rezeki yang Kami berikan secara sembunyi atau terang-terangan sebelum datang hari, ketika tidak ada lagi jual beli dan persahabatan' [14 : 31]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Number of View :211

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved