ads

Selasa, 7 Februari 2012

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


RAY As-Sakinah <b>di Papar</b> - Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis <b>...</b>

Posted: 07 Feb 2012 07:53 PM PST


SAMIN Ongki (kanan) di hadapan Rumah Anak Yatim Sakinah di Papar, Sabah, baru-baru ini.

Anak-anak adalah amanah Allah dan menjadi penyeri kehidupan berumah tangga. Setiap ibu bapa pasti mahu mendidik dan menjaga anak masing-masing dengan penuh kasih sayang ibarat menatang minyak yang penuh.

Namun, bukan semua yang diimpikan itu menjadi kenyataan. Bagi ibu atau bapa yang membesarkan anak yatim, adakalanya kesempitan hidup memaksa mereka menyerahkan anak-anak ke rumah kebajikan untuk dibesarkan.

Antara institusi yang menyediakan kemudahan kepada ibu bapa serta penjaga yang kurang berkemampuan membesarkan anak-anak yatim adalah Rumah Anak Yatim As-Sakinah (RAY As-Sakinah) di Papar, Sabah.

Pengerusinya, Samin Ongki berkata, RAY As-Sakinah bukan sekadar menjadi perlindungan kepada anak-anak yatim dan miskin tetapi ia turut bermatlamat membesarkan penghuninya menjadi seorang insan berakhlak, berilmu dan mampu berdikari.

Menurutnya, rumah anak yatim ini ditadbir oleh sebuah jawatankuasa pengurusan yang dibantu oleh Lembaga Pemegang Amanah, panel penasihat syariah, undang-undang dan kesihatan yang berkhidmat secara sukarela.

"Kami akui sebahagian ibu atau bapa serta penjaga yang tidak berkemampuan di Sabah takut untuk menghantar anak-anak mereka ke rumah anak yatim kerana bimbang anak-anak mereka disalahgunakan seperti yang dilakukan oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab.

"Kami beri jaminan bahawa perkara itu tidak akan sama sekali berlaku di RAY As-Sakinah, kami ikhlas membantu. Malah kami juga mempunyai panel penasihat yang dianggotai oleh mereka yang pakar dan arif mengenai undang-undang dan syariat," katanya kepada Mega, baru-baru ini.

RAY As-Sakinah yang terletak di no. 503, Jalan Pandan, Taman Pantai Lok Kawi, Sabah ditubuhkan pada 16 Oktober tahun lalu.

Ia bertujuan menjaga kebajikan anak-anak yatim dan miskin, memandangkan rumah anak yatim untuk anak-anak beragama Islam masih belum terdapat di Daerah Papar, Putatan dan Penampang.

Rumah anak yatim ini terletak berhampiran dengan masjid, sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah agama rakyat.

Mengikut perancangan jangka panjang, pihak pengurusannya bercadang untuk membina sebuah bangunan atau kompleks di tapak sendiri yang lebih lengkap dan selesa.

Samin yang juga Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Sabah berkata, penghuni akan dihantar ke sekolah rendah berhampiran untuk mengikuti pendidikan formal.

Selain itu, katanya, pendidikan tidak formal atau tambahan termasuk kelas al-Quran dan fardu ain serta tuisyen mata pelajaran akademik turut disediakan dengan menggunakan khidmat tenaga pengajar sukarela atau berbayar.

"Diharapkan RAY As-Sakinah ini dapat menyumbang kepada penambahbaikan aspek kebajikan anak yatim khususnya di Daerah Papar.

"Ia juga diharapkan akan memberi peluang kepada ahli masyarakat memberi sumbangan sama ada dalam bentuk derma sukarela ataupun zakat kepada golongan anak yatim yang sememangnya mengharapkan keprihatinan kita," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi rumah itu di talian 088-754276 atau Timbalan Pengerusi, Mohd. Fairuz Bala Abdullah (019-8625533) atau melawati laman sosial facebook, Rumah Anak Yatim As-Sakinah.

Sumbangan juga boleh disalurkan melalui akaun Bank Muamalat nombor 10010002273717 dan Maybank nombor 560148661433.

ARTIFAK DALAM BOTOL: Malam Konsert Karnival 3S <b>di Papar</b> 2011

Posted: 10 Dec 2011 08:18 AM PST


I'm not so into concert, begitu kata abang. So do I, actually. 
Tapi aku tak mahu merampas zaman kanak-kanak budak-budak ni. Aku juga tak mahu perasaan ingin yang mereka ada sekarang jadi memar bila dewasa nanti. At least bila aku bagi sedikit apa yang dorang mahu dalam usia sekecil ini, bila besar kelak, dorang tidak akan terkena kejutan budaya bila aku sudah tiada di sisi dorang.

Kami sampai lebih kurang jam 9 malam. Waktu ni, konsert sudah mula dan Marsha sedang buat persembahan.  Kami langsung tak boleh nak ke depan sebab crowded sangat. Pengacara konsert ni Sobri BP. Selain Marsha, Jimmy Palikat, Awie, Amy Search pun ada. Penampilan istimewa pula adalah dari Rossa. Memang meriah sungguh dan hebat nyanyian dorang dibantu dengan sound system yang mantap. Orang pula punyalah ramai buat aku macam tak picaya bahawa penduduk Papar adalah sebegini ramainya. Waktu Dr.Fazillah Kamsah datang dulu nda pula ramai gini kan...ngeh...
Rossa menutup konsert dengan lagu terakhir iaitu Hey Ladies. Aku agak berbulu dengan sekumpulan budak-budak remaja depan aku yang menari macam orang kesurupan sambil hisap rokok. Maunya mabuk budak-budak kecik sebab terhidu asap rokok di tempat yang sesak macam tu. Apa da...
Oklah. Setakat ni dulu malam ni. Esok mau bawa budak-budak ni ikut larian 1 Malaysia 10,000 langkah sehari pula. Bertuah sungguh orang Papar sebab bermenterikan YB Rosnah Shirlin selaku Timbalan Menteri Kesihatan,kan? Apa-apa agenda kesihatan, mesti Papar jadi pusat perhatian. Hidup YB Datuk!

Selamat menjalani solat sunat Gerhana...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved