10 di lahad datu - Google Blog Search |
- ANAK GAJAH TERPERANGKAP DALAM PARIT <b>DI LAHAD DATU</b> DI <b>...</b>
- Mangsa keenam kereta terjunam <b>di Lahad Datu</b> ditemui | Berita <b>...</b>
- sabahkini.net: ISU LIWAT HANGAT <b>DI LAHAD DATU</b>?
ANAK GAJAH TERPERANGKAP DALAM PARIT <b>DI LAHAD DATU</b> DI <b>...</b> Posted: 23 Jan 2012 03:30 PM PST No of View :41 Beberapa kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah menyelamatkan seekor anak gajah pygmy yang terperangkap dalam parit di sebuah ladang di Lahad Datu, semalam. KOTA KINABALU 23 Jan. – Jabatan Hidupan Liar Sabah atas semangat 'naga' sempena Tahun Baru Cina, semalam menyelamatkan seekor anak gajah pygmy yang terperangkap dalam parit di sebuah ladang di Lahad Datu dekat sini. Pengarahnya, Laurentius Ambu berkata, anak gajah yang baru berusia beberapa minggu itu mengalami beberapa kecederaan semasa ditarik dan diangkat dari parit tersebut selain masalah penyahidratan. Menurut beliau, sejurus anak gajah itu berjaya dibawa keluar, pasukan perubatan dan penyelamat jabatan terus memberikan minuman dan merawat lukanya. "Anak gajah itu menunjukkan proses pemulihan memberangsangkan tetapi masih tidak boleh dilepaskan kerana memerlukan pemantauan dan jagaan rapi bagi memastikan ia betul-betul sembuh dan mampu berdikari. "Pada masa ini, kita menyediakan seorang doktor veterinar dan empat kakitangan bagi menjaga anak gajah itu. Jika ia masih mampu bertahan selepas tempoh 72 jam, bermakna peluangnya untuk berdikari amat cerah," katanya di sini semalam. |
Mangsa keenam kereta terjunam <b>di Lahad Datu</b> ditemui | Berita <b>...</b> Posted: 03 Jan 2012 04:07 AM PST LAHAD DATU: Mangsa keenam kemalangan kereta terjunam ke dalam sungai di Km30, Jalan Lahad Datu-Sandakan semalam ditemui pagi ini, kata Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsudin Mat. Beliau berkata mayat bayi perempuan berusia 12 hari, Dhiaamanina Zahirah Mohd Shahril Azman dijumpai 7 pagi ini kira-kira 300 meter dari lokasi kereta berkenaan dijumpai. Bayi itu yang merupakan anak pasangan Mohd Shahril Azman Lajahamad dan Nurhidayah Chin Abdullah yang turut maut dalam nahas itu, dijumpai tersangkut pada timbunan kayu oleh pasukan mencari dan menyelamat terdiri anggota bomba dan polis, katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata operasi mencari disambung pagi ini setelah anggota keluarga mangsa memaklumkan pihak berkuasa bahawa masih ada mangsa yang masih hilang selain mayat lima beranak yang telah ditemui semalam. Lima mangsa yang ditemui semalam ialah Mohd Shahril Azman, 24, pemandu kereta, isterinya Nurhidayah,21, bayi perempuan mereka Nuramani Zafirah berusia setahun, ibu mentua Mohd Shahril, Rosmina Ritwan, 45, dan adik Nurhidayah, Majelin Chin,7. Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 pagi semalam, kereta yang dipandu Mohd Shahril Azman ketika hujan lebat gagal dikawal lalu terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai dan dihanyutkan arus deras sejauh kira-kira 200 meter. Semua mangsa mati lemas akibat terperangkap di dalam kereta. – BERNAMA Incoming search terms:Filed under: Uncategorized Full content generated by Get Full RSS. |
sabahkini.net: ISU LIWAT HANGAT <b>DI LAHAD DATU</b>? Posted: 04 Jan 2012 07:18 PM PST Oleh : MOHD AZMI KASSIM MENJELANG keputusan penghakiman Kes Liwat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 9 Januari 2012, pelbagai cara dilakukan oleh masyarakat untuk menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati berhubung kes berkenaan. Sehelai pemidang yang dipasang di tepi Bulatan Lapangan Terbang Lahad Datu berbunyi "LIWAT. Nabi tidak mengaku umat, tidak layak jadi pemimpin" telah mengejutkan semua pengguna lalu lintas dan orang ramai. Namun kain pemidang berkenaan telah diturunkan oleh pihak tidak dikenali, apata lagi tidak mendapat kebenaran Majlis Daerah Lahad Datu. Dipercayai kain pemidang berkenaan dibuat dan dipasang oleh pihak tertentu yang ingin turut memeriahkan lagi penantian penuh debar berhubung keputusan kes berkenaan setelah Anwar diberi peluang membela diri. "Tidak ada salahnya kain pemidang itu. Kenapa dikasi turun?," ujar seorang peniaga, Muhammad Akhir Karzim yang menyifatkan kata-kata di kain pemidang berkenaan hanya peringatan bagi umat Islam. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan