10 di kudat - Google Blog Search |
Tangki Minyak Kapal Meletup <b>Di Kudat</b> | Anjung Maya Posted: 28 Nov 2011 08:34 PM PST KOTA KINABALU: Dua rentung manakala seorang lagi lemas apabila tangki minyak sebuah kapal nelayan yang berlabuh di Jeti Angkasa Baru, di Kudat, kira-kira 200 kilometer (km) dari sini, meletup lalu terbakar, malam kelmarin. Mangsa yang rentung dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu adalah masing-masing seorang lelaki dan wanita, manakala mangsa lemas adalah wanita yang dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke laut. Semua mangsa berusia 20-an itu yang masih dikenal pasti identitinya dipercayai berada di atas kapal nelayan berkenaan ketika kebakaran berlaku. Kebakaran itu juga menyebabkan empat lagi rakan mereka termasuk seorang wanita berusia di antara 21 hingga 50 tahun yang berada di bahagian luar kapal mengalami cedera parah, iaitu Richard Mohd, 21; Hamid Gabin, 35; Muhd Ayob Buyong, 50 dan seorang wanita dikenali sebagai Mylen Masarap, 27. Semua mangsa yang mati dihantar ke Hospital Kudat untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut. Katanya, siasatan awal mendapati tiga mangsa yang mati dipercayai berada di atas kapal nelayan yang terbakar akibat letupan tangki minyak itu. "Semua mangsa yang selamat itu mengalami kecederaan parah selepas bertindak terjun dari kapal dan bot mereka untuk menyelamatkan diri. "Siasatan awal juga mendapati dua daripada tiga mangsa yang mati dipercayai rakyat Filipina," katanya. Berita Harian Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di kudat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan