ads

Sabtu, 11 Februari 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


I LOVE MARUDU: Bank Rakyat bakal buka cawangan <b>di Kota Marudu</b>

Posted: 11 Feb 2012 01:51 AM PST

 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) bakal membuka 11 lagi cawangan dalam usaha memperluaskan perkhidmatannya kepada rakyat di seluruh negara.
Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat berkata, cawangan-cawangan berkenaan akan dibuka di Permai Jaya dan Serian di Sarawak; Pendang (Kedah); Bentong dan Kuala Lipis (Pahang); Nusajaya (Johor), Kuala Krai (Kelantan), Kerteh (Terengganu) dan Kota Marudu, Putatan serta Semporna di Sabah.
P/s: Semoga cadangan Bank Rakyat ini menjadi kenyataan. Bank Rakyat, Bank Pilihan Anda. hehehe

I LOVE MARUDU: <b>Kota Marudu</b>: Nestle bina tadika <b>di</b> Kampung <b>...</b>

Posted: 11 Feb 2012 01:16 AM PST

Nestle bina tadika di pedalaman

Anita Baranting (kiri) dan Zainun Nur Abdul Rauf (bertudung) bersama beberapa orang murid prasekolah semasa pelancaran Tadika Lingkabungan 2 di Kota Marudu
KOTA MARUDU 6 Dis. – Dalam menyokong pembangunan luar bandar, Nestle terus melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan membuka sebuah tadika di Kampung Lingkabugan Dua di sini.

Pengarah Eksekutif Sumber Manusia dan Hal Ehwal Korporat Nestle, Zainun Nur Abdul Rauf berkata, pembukaan tadika di kawasan pedalaman yang terpaksa meredah jalan balak sejauh lapan kilometer itu merupakan program ke lapan pihaknya di negeri ini sejak 2005.

"Tadika ini menyokong pendidikan prasekolah untuk kira-kira 30 kanak-kanak kampung itu yang juga berhak mendapat pendidikan berkualiti, sama seperti rakan mereka di kawasan lain.

"Kesimpulannya dengan menyediakan persekitaran yang lebih baik untuk pembelajaran, kami memberikan mereka peluang yang lebih untuk cemerlang dalam pelajaran," katanya pada majlis pelancaran Tadika Lingkabugan 2 di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Tandek, Anita Baranting.

Menurut Zainun Nur, melalui kerjasama dengan Raleigh International (Borneo) dan Asian Forestry Company (AFC) itu, Nestle memperuntukkan RM70,000 bagi membuka dua tadika di Sabah tahun ini.

Katanya, pada bulan lalu, sebuah tadika berjaya disiapkan iaitu di Kampung Sonsogon Magandai di sini yang menyediakan pendidikan prasekolah untuk 30 kanak-kanak di kawasan itu.

"Melalui kerjasama ini, sukarelawan Raleigh akan membina tadika berkenaan manakala AFC akan menyediakan kemudahan logistik yang akan menjimatkan kos pembinaan," katanya.

Dalam pada itu, Anita berkata, sumbangan Nestle dan pelbagai pihak dalam membina tadika seperti itu telah membantu kerajaan membangunkan kawasan terpencil di negeri tersebut.

Sumber: Utusan Malaysia

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved