ads

Khamis, 9 Februari 2012

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


TANAH NCR DIASINGKAN DARI KAWASAN BEGARAYA <b>DI KOTA</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2012 01:28 AM PST

Tanah NCR Diasingkan Dari Kawasan Yang Diluluskan Kepada Begaraya Di Kota Marudu

maxi KOTA MARUDU, 11 Jan (Bernama) -- Langkah untuk mengasingkan tanah Hak Adat Pribumi (NCR) dari kawasan yang diluluskan kepada Begaraya Sdn Bhd di Kota Marudu akan bermula hujung bulan ini, selepas Tahun Baru Cina, apabila pasukan ukur memulakan kerja-kerja ukur tanah di dua kampung di Kota Marudu untuk mengeluarkan geran komunal.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, yang juga Anggota Parlimen Kota Marudu, berkata kampung terlibat adalah Kampung Bombong 1 (dengan 144 isi rumah) dan Kampung Samparita (dengan 116 isi rumah).

"Setiap kampung akan diperuntukkan 40 hektar tanah sebagai rizab kampung termasuk 2 hektar sebagai tanah perkuburan, 8 hektar bagi kemudahan kerajaan, 6 hektar bagi setiap keluarga dengan anak sehingga lima orang dan 20 ekar bagi setiap keluarga lebih daripada lima anak.

"Golongan yang berhak mendapat sebidang tanah ini adalah keluarga atau mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas," katanya selepas mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Osman Jamal, di sini semalam.

Turut menghadiri mesyuarat itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tandek Anita Baranting, Adun Matunggong Sarapin Magana dan para pegawai Begaraya.

Ongkili berkata peruntukan persekutuan berjumlah RM25 juta kepada Sabah untuk kerja-kerja ukur tanah NCR sebahagiannya akan digunakan untuk langkah itu.

Beliau berkata terdapat kira-kira 40 kampung di Kota Marudu yang bertindih dengan tanah yang diberi kepada Begaraya bagi projek perhutanan.

"Permulaan kerja-kerja mengukur untuk mengasingkan tanah NCR daripada kawasan projek Begaraya memberi kelegaan besar kepada penduduk dalam daerah ini yang telah menuntut hak terhadap tanah milik nenek moyang mereka sejak 1997.

"Kerja-kerja mengukur ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional serius dalam melindungi kepentingan dan hak tanah rakyat terutamanya di kawasan luar bandar," kata Ongkili.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved