ads

Khamis, 16 Februari 2012

10 di kinabatangan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kinabatangan - Google Blog Search


SIDANG RAKYAT: PEMIMPIN AKAR UMBI BN <b>DI KINABATANGAN</b> <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2012 12:40 AM PST

TONGOD : Timbalan 1 Ketua Pemuda PBS bahagian Kinabatangan, Encik Lius Meliton, hari ini telah mengambil keputusan untuk meninggalkan PBS dan menyertai STAR. Beliau telah menyerahkan borang keahliannya kepada Encik James Ait dalam satu upacara sederhana selepas mesyuarat persediaan pelancaran parti STAR peringkat Kinabatangan. 
"Saya telah kehilangan keyakinan kepada kerajaan Barisan Nasional yang dikuasai UMNO. Kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO gagal melaksanakan tanggung jawabnya terhadap rakyat.

"Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk mempengerusi tuntutan NCR di kawasan Minusuh, saya merasa terbeban untuk memperjuangkan hak NCR bangsa kita. Parti-parti tempatan dalam BN gagal  memperjuangkan hak Orang Asal walau pun mereka tahu, bahawa rakyatlah yang memilih mereka menjadi pemimpin. Parti STAR sedang dalam perjuangan itu, sebab itu saya memilih untuk berjuang melalui parti STAR," ujar Lius.

Turut mengambil keputusan menyertai parti STAR ialah beberapa orang pemimpin akar umbi parti dari PBS, PKR dan UPKO.

Mereka ialah ahli UMNO Encik Atee Jumpi, Pegawai Penerangan UPKO Kinabatangan Encik Damcha Ismail, mantan ketua ranting PKR Linayukan Jomisol Samun, Timbalan Bendahari  PBS Kinabatangan Encik Maljum Harun dan Mohd Daud @ Dius Pipil, seorang Ketua Cawangan.

James Ait berkata STAR dan beliau sendiri mengalu-alukan penyertaan pemimpijn akar umbi berkenaan dan berharap lebih ramai Orang Asal akan menyertai STAR yang dipimpin oleh Datu Dr Jeffrey Kitingan.
Diedarkan menerusi KG Publicist di 012-8856465

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved