ads

Sabtu, 1 Oktober 2011

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


WikiSabah News: Osman Jamal Berbohong dan Berniat Jahat?

Posted: 28 Sep 2011 01:08 AM PDT

e

 TERIMA….Abdullah Sani menerima dokumen sah Hak NCR di Pulau Pandanan dari Pewaris Pulau berkenaan iaitu Datu Pengeran Ahmad Datu Ali Alam sebagai tanda sokongan untuk bersama mempertahankan Hak Warisan Pulau Pulau di Semporna.
Oleh : URUSETIA LCF-TSMP.
TERPANGGIL oleh rasa tangggung jawab terhadap warisan adat dan ingin membersihkan nista para pewaris di Pulau Pandanan yang sebelum ini pernah menjadi bahan cemuhan masyarakat antarabangsa akibat peristiwa penculikan di Pasir Resort beberapa tahun dulu, para pewaris menyongsang arus mempertikaikan pembohongan kerajaan negeri Sabah.

Sekali lagi Pulau Pandanan menjadi bahan bualan masyarakat dengan skandal penjualan pulau itu di peringkat antarabangsa apabila Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah (JTU), Datuk Osman Jamal mengesahkan bahawa Pulau Pandanan salah satu pulau yang telah dijual di peringkat antarabangsa yang berpusat di America syarikat oleh pemiliknya.
Pewaris Pulau Pandanan, Datu Pengeran Ahmad bin Datu Ali Alam yang mempunyai Hak NCR di pulau berkenaan iaitu Pulau Pandanan Kecil memaklumkan bahawa kenyataan Osman Jamal adalah 'satu pembohongan besar dan berniat malafide (jahat) dan tidak berasas' apabila memaklumkan pulau itu sedang dipantau aktivitinya kerana isu penjualan di luar negara.
Datu Pengeran Ahmad memaklumkan bahawa tiada pewaris yang berbuat demikian dan bertindak melakukan kerja 'subversif' ini seperti mana yang didakwa oleh Pengarah JTU.
Beliau memaklumkan, laporan Pengarah JTU yang menyatakan bahawa Pulau itu memiliki Status Geran CL adalah tidak benar sama sekali, kerana Pulau Pandanan yang mempunyai dua buah pulau dan hanya memiliki dua geran NT di Pandanan Besar dan satu geran Hak NCR di Pulau Pandanan Kecil.
Jesteru itu, Datu Pengeran Ahmad memberi amaran agar Osman Jamal berhati-hati membuat kenyataan supaya tidak memberi impak dan kesan buruk kepada nama baik para pewaris Pulau kerana tindakan cuai dan 'sedap mulut' sebegini hanya akan menyebabkan timbulnya isu yang bakal memberi kesan negatif kepada pemilik pulau berkenaan.
Datu Pengeran Ahmad memaklumkan bahawa sejak 1960, Pulau Pandanan Besar hanya memiliki dua geran berstatus NT (Native Title) yang tidak boleh dijual kepada pihak luar, lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun Datu Pengeran Ahmad terkilan dengan kenyataan Osman Jamal dan tidak tahu dari mana Pengarah JTU mendapat maklumat bahawa Pulau Pandanan memiliki Geran CL.
"Saya harap beliau tidak berat lidah memohon maaf daripada para pewaris yang telah dimalukan di peringkat antarabangsa," kata Datu Pengeran Ahmad yang mendesak agar isu kedaulatan pulau ini dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Sabah dan di Parlimen. 
Datu Pengeran Ahmad yang terbaca beberapa laporan berhubung Dilema Pulau Pulau Semporna di Sabahkini.net terutama Krisis Perundangan dan Peraturan Di Tun Sakaran Marine Park (TSMP) di antara LCF-TSMP (Local Communitee Forum–Tun Sakaran Marine Park) dan Taman-Taman Sabah kesal dengan senario yang berlaku dan menggesa Kerajaan Negeri Sabah bertindak segera.
Cadangan niat Pewartaan Pulau Sipadan oleh Taman-Taman Sabah, kata Datu Pengeran Ahmad menyebabkan Pewaris Pulau Sipadan Haji Abdul Raup Bin Mahajud mengemukakan bantahan; ekoran beberapa masalah yang dicipta oleh Pejabat Tanah dan Ukur dan Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Semporna telah mendatangkan seribu satu persoalan kepada para pewaris Pulau di Semporna, kepada penduduk tempatan dan juga kepada generasi muda Semporna.
Isu kedaulatan dan hak yang terancam di pulau-pulau di Daerah Semporna yang tidak mendapat perhatian wajar dari Wakil-Wakil Rakyat (ADUN dan MP) di Parlimen Semporna, kata Datu Pengeran Ahmad, akhirnya menimbulkan tanda-tanya kepada para pewaris adat istiadat masyarakat Bajau di Semporna; apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Wakil-Wakil Rakyat Semporna sehingga perkara ini timbul?
Kata Datu Pengeran Ahmad, sampailah bilakah Wakil-Wakil Rakyat BN akan terus mencipta dan menimpakan masalah kepada para pemilik dan pewaris Geran NT dan Pemilik Hak NCR seluruh pulau di Semporna?
"Pihak kami mendapat laporan tidak rasmi bahawa semenjak tahun lalu lebih 10 individu dan syarikat persendirian yang menyaman PPHT Semporna dan mengheret mereka ke mahkamah untuk mendapatkan pengadilan," kata Datu Pengeran Ahmad yang mengesahkan bahawa Peguam Negeri Sabah telah menulis surat kepada PPHT dan Pejabat Tanah Semporna bahawa mereka tidak lagi akan mewakili mereka ekoran kepincangan dilakukan institusi berkenaan di peringkat akar umbinya sehingga ke peringkat.
Memandangkan pemasalahan yang timbul, kata Datu Pengeran Ahmad, Waris Pulau Pandanan telah membuat jejak yang seperti mana Waris Pulau Sipadan untuk menyertai perjuangan LCF-TSMP di Pulau-Pulau Semporna supaya dapat dijaga dan dikekalkan mengikut adat istiadat masyarakat setempat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved