di negeri sabah - Google Blog Search |
29 RAMADHAN 1432 <b>DI</b> MASJID <b>NEGERI SABAH</b> « ABU NUHA <b>...</b> Posted: 30 Aug 2011 06:26 AM PDT Ini suasana isnin terakhir semalam pada waktu zuhur di Masjid Negeri Sabah, sebelum umat Islam menyambut 1 Syawal pada sebelah malamnya. Nampaknya jamaah kelihatan agak susut sedikit hanya tinggal kira-kira enam saf saja berbanding 9-12 saf pada hari-hari sebelumnya. Jadual tazkirah zuhur pun kami susun setakat hingga hari ahad lepas sahaja. Barangkali sudah ramai yang bercuti dan pulang ke kampung halaman masing-masing. Sebenarnya suasana lengang turut terasa apabila saya meronda sekitar jalan-jalan utama di Bandaraya Kota Kinabalu sehari dua kebelakangan. Hanya yang agak sibuk di jalan-jalan sekitar Sinsuran dan Segama, barangkali umat Islam mencari keperluan pakaian baru pada saat-saat akhir. Kebanyakan orang bercuti hingga hujung minggu ini. Mudah-mudahan Masjid Negeri Sabah dan masjid-masjid lain akan kembali meriah pada minggu hadapan. Selamat menyambut eidul fitri, hati-hati di jalanraya. Ingatlah mereka yang tersayang. |
You are subscribed to email updates from di negeri sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan