ads

Jumaat, 30 September 2011

10 di tuaran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tuaran - Google Blog Search


SUARA BEBAS <b>TUARAN</b>: Belum Tiba Masanya Untuk Had Dua <b>...</b>

Posted: 16 Sep 2011 09:40 PM PDT

SUARA BEBAS TUARAN: Belum Tiba Masanya Untuk Had Dua Penggal-Hajiji?


Selain dari Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Noor juga turut menyuarakan pandangan beliau, ia itu, belum tiba masanya untuk Malaysia mewujudkan satu dasar bagi tujuan menghadkan tempoh memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri.
Beliau berkata perkara yang paling penting dan perlu diberi perhatian ketika ini adalah setiap pemimpin yang dipilih harus mempunyai komitmen dan kesungguhan untuk memimpin dan membangunkan negara._______________________________________________________________________________

Analisa Solymone
Nampak nya jelas sekali ahli kabinet UMNO-BN negeri Sabah, maseh lagi berusaha keras untuk mengekalkan kuasa yang mereka pegang dengan selesa selama ini.
Justeru selagi pemimpin-pemimpin Sabah saperti Musa dan Hajiji yang di bagi kuasa penuh untuk menentukan siapa dan siapa yang layak memegang teraju kerajaan, pasti nya peluang untuk muka-muka baru; terutama sekali golongan muda tidak akan tercapai.
Sedangkan PM, selalu menyuarakan hasrat beliau untuk melibatkan kumpulan tersebut untuk bersama beliau ketika berhadapan dengan PRU13 nanti.
  • Sebenarnya, hingga hari ini, sistem memberi kuasa kepada rakyat untuk menentukan PM,KM,MB belum ujud lagi. Kerana sistem sedemikian belum lagi dipraktikkan di Malaysia, apa lagi di Sabah. Rakyat hanya sekadar dibagi kuasa untuk menggundi calon-calon yang dipertandingkan.
  • Sistem ini perlukan Suruhanjaya di Raja khas melakukan tugas membanci suara-suara rakyat bagi menentukan siapa dikalangan calon yang menang dipilih sebagai PM, KM dan MB.
  • Dalam kontak ini, 'statement' Hajiji tidak setuju menghadkan khidmat PN,KM,MB selama dua penggal, ada lah amat sinonim dengan apa yang berlaku di DUN Sulaman. Walau pun khidmat beliau sebagai wakil rakyat melebih empat penggal disamping sering kali menyatakan hasrat beliau untuk 'pencen'. Namun hingga hari ini, Hajiji enggan melepas peluang tersebut kepada pelapis beliau yang mempunyai kelayakan.
  • Menurut sumber, kebanyakan AJK UMNO Tuaran merasakan Hajiji telah terlalu lama memegang jawatan tersebut. Justeru, sudah tiba masa nya untuk beliau memberi peluang kepada muka-muka baru untuk meneruskan khidmat beliau, kata mereka.
Dalam isu yang sama, saya difahamkan bahawa salah satu sebab nya mengapa badan NGO, 'MANDAT' di tubuhkan di Tuaran, ada lah disebabkan kerana karena Hajiji yang tidak lagi mahu mendengar sebarang teguran dari sahabat-sahabat seperjuangan beliau dalam parti UMNO-BN, Tuaran.
Beliau menimbulkan persepsi bahawa belum tiba masa nya untuk melakukan sebarang perubahan di Malaysia dan DUN Sulaman khas nya. Malang nya beliau tidak pula memberi garis panduan bila kah masa yang sesuai untuk perubahan tersebut.
Dengan ini ia nya melambangkan bahawa tiada pemimpin UMNO Tuaran yang lebih layak selain dari Hajiji seorang.
Sumber:Borneo Post

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved