ads

Rabu, 14 September 2011

10 di tambunan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tambunan - Google Blog Search


ZIARAH SAUDARA SEAQIDAH <b>DI</b> KAMPUNG TONOP, <b>TAMBUNAN</b> <b>...</b>

Posted: 13 Aug 2011 07:16 AM PDT

Bersama-sama dengan sahabat akrab, Ustaz Akub Baba menuju ke Kampung Tonop yang terletak sekitar 20km daripada Pekan Tambunan. Kampung ini terletak di tepi jalan besar menuju ke Daerah Ranau.

Kehadiran ini adalah bagi melengkapkan lawatan ajk USIA Tambunan pada kesekian cawangan yang wujud. Maklumlah USIA Tambunan mempunyai cawangan sebanyak 15 buah mengikut kampung di seluruh Daerah Tambunan.

Alhamdulillah, setibanya di sana kelihatan komuniti umat muslimin dan muslimat sudah menunggu lebih awal. Difahamkan ada yang datang dari jauh antaranya kampung Tampasak Liwan, Kampung Tiang, Kampung Puntingabai dan Kampung Kirokot.

Syabas pada sdr Jasrin Sipai yang telah bertungkus lumus menyediakan apa yang sewajarnya. Beliau merupakan antara penggerak USIA di cawangan berkenaan.

Syabas juga pada sahabat saya sdr Azmi Sidik, Ustaz Zaki Laumin, Kak Hajah Nursuhana Abdullah, Ust Salehuddin Rusinin, Ustaz Akub Baba dan ajk yang lain kerana punyai ruh perjuangan yang tidak pernah lentur.

Seusai majlis berbuka puasa, majlis seterusnya dimulakan dengan tazkirah yang di sampaikan oleh Ustaz Salehuddin, selaku ketua biro dakwah USIA Tambunan. Tazkirah panjang lebar banyak menyentuh mengenai kesedaran beragama, mengenai ramadhan dan mengenai kewajipan solat lima waktu.

Sebelum itu, saya sempat berbicara mengenai peranan USIA Tambunan dari dulu sehingga kini. Sekalung penghargaan pada para pejuang dan pendokong  USIA terdahulu kerana antara penyumbang kemasukan nur Islam di Daerah ini.

Seusai menunaikan solat Isya dan Terawih, sahabat seperjuangan iaitu Imam Daerah mengumumkan nama-nama penerima bantuan zakat di kalangan asnaf fakir miskin dan mualaf.

Sesungguhnya, saya amat berbangga mereka yang meskipun baru sahaja memeluk agama ini namun sudah menunjukkan kecintaan terhadap pengamalan agamanya. Alhamdulillah, inilah yang terjadi di kampung ini.

Saya berdoa, semoga sahabat-sahabat seperjuangan tidak akan luntur jiwanya dalam mendekati saudara baru ini. Mereka perlukan belaian bimbingan dan kasih ukhuwah sejati.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved