ads

Khamis, 22 September 2011

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Beza berpuasa <b>di</b> daerah <b>Ranau</b> dan daerah Telupid | Jahidih Saili

Posted: 24 Aug 2011 07:08 AM PDT

Assalamualaikum

Setiap tempat berkemungkinan mempunyai keadaan dan suasana yang berbeza pada bulan Ramadhan. Perasaan setiap Muslim di tempat yang berlainan juga berbeza.

Saya berkata sedemikian kerana saya mengalami perkara yang saya katakan. Saya pernah berpuasa di banyak tempat. Suasana dan perasaan ketika berpuasa di Kuala Lumpur agak berbeza jika dibandingkan dengan suasana dan perasaan ketika berpuasa di kampung. Begitulah juga di tempat yang lain.

Saya bekerja di daerah Telupid. Salah satu daerah yang mempunyai suhu agak panas di negeri Sabah. Sangat berbeza dengan tempat asal saya di daerah Ranau yang bersuhu dingin sepanjang tahun. Maklumlah ia terletak di tempat tinggi.

Suhu sejuk sangat membantu untuk mengekalkan tenaga dan stamina ketika berpuasa. Rasa haus tidak terasa, kadang-kadang tidak terasa lapar. Ketika berbuka puasa, biasanya saya hanya minum sedikit air, sudah memadai.

Berbeza ketika saya berpuasa di daerah Telupid ni.
Terasa agak mencabar. Lebih-lebih lagi kerjaya sebagai guru yang banyak menggunakan lontaran vokal. Tekak selalu terasa kering. Berpeluh-peluh. Air mudah tersejat.

Sabar sajalah. Kata bunda, semakin banyak cabaran dan kesusahan ketika berpuasa, lagi baik. Hehe..

Ada betul juga tu...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved